Sebagai pemilik dan juga pemandu kereta, penyelenggaraan merupakan asas penjagaan kereta yang sangat penting terutama sekali jika anda ingin travel atau berjalan jauh.
Namun, terdapat juga segelintir pemandu yang langsung tidak mempedulikan untuk memeriksa atau servis kereta sebelum mereka memulakan perjalanan.
Jika ia tidak dijaga, pastinya akan lebih banyak yang rosak dan ia akan memakan lebih banyak kos untuk diservis atau dibaiki.
Menerusi beberapa ciapan di laman Twitter yang dikongsikan oleh Work&Co, berikut merupakan tips yang anda boleh gunakan untuk menjaga kereta anda.
— Work&Co® #ResumeMurah (@worknco) November 27, 2021
1. Pemeriksaan keadaan minyak petrol atau diesel
Periksa indikator minyak. Bagi perjalanan yang jauh, sila pastikan minyak diisi penuh atau sekurang-kurangnya separuh tangki minyak.
2. Pemeriksaan keadaan minyak enjin
Cabut dipstick dan bersihkan. Kemudian pasang semula serta periksa ketinggian minyak hitam supaya ia berada pada level minimum dan juga maksimum. Tambahkan minyak enjin sekiranya level minyak berada di bawah paras minimum.
3. Pemeriksaan kuantiti minyak brake
Periksa level minyak brake, ia sepatutnya berada di antara minimum dan maksimum. Sekiranya kurang, tambahkan. Namun, hati-hati dan jangan minyak tumpah pada badan kereta.
4. Pemeriksaan minyak power steering
Periksa level minyak power steering pada tabung, seharusnya ia di antara tanda minimum dan juga maksimum. Tambahkan sekiranya kurang.
Periksa juga minyak power steering, sekiranya berwarna keemasan bermakna ia okay, tetapi sekiranya ia berwarna gelap, ganti minyak tersebut.
5. Pemeriksaan air radiator (coolant)
Periksa jumlah air radiator. Sama seperti minyak yang lain, ia seharusnya berada di antara tanda minimum dan maksimum. Tambahkan minyak jika kurang dan pastikan air radiator tidak lebih dari paras sepatutnya supaya air coolant tidak melimpah.
6. Pemeriksaan air pengelap cermin (wiper)
Buka penutup tabung air wiper, isi sehingga penuh. Untuk elakkan nozzle daripada tersumbat, guna air suling gatau air mineral. Sekiranya anda mahu tambah sabun cairan Windshield Washer Fluid adalah lebih baik.
7. Periksa getah pengelap cermin (wiper)
Periksa getah wiper. Hidupkan motor wiper dan pancutkan air pada nozzle dan lihat pergerakan wiper sama ada lancar atau tidak.
8. Pemeriksaan penghawa dingin (aircond)
Hidupkan suhu maksimum dingin dan maksimum blower. Periksa kipas pendingin condenser, ia seharusnya berputar.
Kemudian periksa sign glass, ia tidak boleh ada buih udara didalamnya. Sekiranya ia berbuih, itu bermaksud gas sudah hendak habis atau terdapat kebocoran gas pada paip.
9. Pemeriksaan drive belt, aircond dan fungsi kipas
Drive belt merupakan tali penggerak dari enjin memutar komponen tambahan seperti pully aircond, kipas, radiator, alternator dan compressor AC.
Sekiranya di tepi drive belt sudah berbenang dan berbulu, ia sepatutnya ditukar. Hidupkan enjin dan pastikan fungsi kipas berjalan lancar.
Demikian saja 9 tips penyenggaraan kereta yang anda boleh lakukan demi menjaga kereta anda. Ingat! Sebelum anda berjalan jauh atau travel, pastikan anda membuat penyenggaraan kereta ya.