9 Tempat Makan Yang Wajib Anda Singgah Bila Datang Ke Pulau Pinang

Trending

9 Tempat Makan Yang Wajib Anda Singgah Bila Datang Ke Pulau Pinang

Tentu anda antara ramai orang yang masih tercari-cari, di manakah tempat makan best yang perlu anda kunjungi sempena hari cuti am / cuti sekolah terutamanya di Pulau Pinang (Penang) ?

Jangan risau. Tak susah nak cari tempat makan sedap di Penang.

Advertisement

Kebanyakkan kedai makan memang berdekatan dengan tempat menarik yang anda kunjungi seperti di Georgetown, Padang Kota Lama dan Gurney.

Bila dah di Penang, antara makanan  yang wajib anda cuba adalah nasi kandar, nasi beriani, pasembor, mee sotong, dan laksa penang.

Tapi dimana tempat makan sedap di Penang?

Jadi, inilah 9 tempat makan yang anda patut kunjungi apabila berada di Pulau Pinang, Pulau Mutiara ini!

1. Nasi Kandar Beratur

Start pukul 10 malam. Memang sedapppp terlajak beb. Jalan kaki dari Hotel Raudhah. Beratur panjang.
Sotong + Ayam RM13.

2. Nasi Ayam- Lorong Kulit, Stadium

Memang tumpuan situ sebelah pagi kawasan orang melayu saje situ. Kitorang sume oder Nasi ayam aje siap bungkus. RM4 saje tau.

3. Laksa Penang -Padang Kota Lama.

Sambil hirup kuah syiokkkkk dengan angin sepoi-sepoi duk tepi laut. Yang ni pun bungkus. Sedap terlajak baru RM5.

4. Mee Sotong – Padang Kota Lama.

Pedass terangkat dengan sambal sotong tu sendiri. Sepinggan memang kenyang sampai malam dengan hanya RM7.

5. Pasembor Kedai 09- Pasar malam Gurney

Siap menari nari lagi tau mamak tu taruk kuah. Ambik dalam 5-6 benda rojak tu dalam RM15.

6. Kerang Bakar Kedai 02 – Pasar malam Gurney

Order sekali 2 pinggan dengan sos sambal kicap sedap yop! Siap tambah bungkus buat balik lagi. Sepinggan RM10 saje.

7. Jeruk Madu Pak Ali- Kilang Besar Nibong Tebal

Ada macam-macam jenis jeruk nya. Biasa la kalau pergi Penang mesti buat balik nak kasi orang kan. 250g RM3.60, 500g RM6.90. Habis la dalam RM235 lebih kurang. Ahaks?

8. Kuey Tiaw Goreng – Bukit Bendera

Memang sedap berbaloi tunggu dia punye kedai settle barang. Banyak satu hal makan tu takde la rasa rempah bagai. RM6 saje.

9. Aiskrim Coklat Banana& ABC Buah Campur – Kedai 20 Bukit Bendera

Rasa heaven sangat eskrem kan di musim panas. Tapi memang sekata la dengan rasa coklat dengan banana. Eskrem pun halus je tak senang cair.
RM13 dan RM7.

Sumber: Rusmida Rusdi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...