9 Tahun Bercinta, Putus Angkara Game PUBG

Trending

9 Tahun Bercinta, Putus Angkara Game PUBG

Baru-baru ini tular di media sosial screenshot perbualan antara seorang wanita dan rakannya, bercerita tentang bekas teman lelakinya yang curang dengan seorang wanita lain yang dikenali melalui satu permainan atas talian, Player Unknown Battleground (PUBG).

Rakan wanita itu, King Arep, mengatakan yang hubungan cinta rakannya itu sudah terjalin selama lebih kurang 9 tahun terputus begitu sahaja. Banyak kenangan dan susah senang yag telah mereka lalui tapi semua itu tak dapat mengahalang daripada semua ini terjadi.

Advertisement

“Member aku, sembilan tahun couple. Selepas itu break up, ditinggalkan teman lelaki sebab jumpa awek dalam game Player Unknown Battleground (PUBG). Hati-hati ye kalau ada teman lelaki yang kuat main game tu.”

9 tahun, baru sekarang nak bebas

Aku tunggu dia sampai 3 pagi. Tayar motor aku pecah, pelan-pelan aku tolak motor sampai petronas.

Tengah panas aku bawa motor hantar makan kat dia hari-hari

Kitorang dah nak kahwin tau!

Malah, King Arep sendiri yakin ada sebab yang lain membuatkan perhubungan rakannya itu terputus di tengah jalan.

“Untuk pengetahuan semua, kedua-dua belah pihak adalah kawan aku. Aku tahu perangai lelaki ini macam mana, perangai perempuan ini macam mana. Aku share perkara ini bukan nak memburukkan mana-mana pihak. Tetapi aku nak beritahu korang yang cinta itu terletak pada hati, bukan pada berapa tahun lamanya korang bercinta. “

“Aku baru dengar sebelah pihak, belum dengar cerita sebetulnya. So, korang jangan pula judge men are trash or what. Korang rasa logik ke sebab game je diorang clash? Aku pun 50-50 nak percaya.” 

Walaubagaimanapun katanya, orang ramai tidak wajar membuat penilaian terlalu awal terhadap lelaki terbabit kerana ini hanya cerita dari sebelah pihak sahaja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...