9 Sukarelawan Malaysia Ditahan Secara Tidak Sah Oleh Tentera Israel, Buat Video SOS – “Sedih, Baya Mak Ayah Kita”

Trending

9 Sukarelawan Malaysia Ditahan Secara Tidak Sah Oleh Tentera Israel, Buat Video SOS – “Sedih, Baya Mak Ayah Kita”

Sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) dilaporkan telah ditahan secara tidak sah oleh rejim Zionis Israel.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran mesej kecemasan yang dimuat naik di akaun rasmi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) sebentar tadi.

Advertisement

Dalam mesej berkenaan, MyCARE turut berkongsi rakaman video pendek yang menyeru masyarakat antarabangsa supaya menyebarkan maklumat penahanan tersebut serta menggesa tekanan global dikenakan terhadap Israel bagi membebaskan kesemua aktivis kemanusiaan itu dengan segera.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa sembilan kapal yang menyertai misi FFC x TMTG telah dipintas tentera Israel sekitar pukul 10.50 pagi waktu Malaysia, pada kedudukan kira-kira 120 batu nautika dari perairan Gaza.

Difahamkan, kesemua kapal tersebut membawa ratusan aktivis keamanan dan sukarelawan antarabangsa, termasuk daripada Malaysia, yang dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan berupa makanan, ubat-ubatan, dan bekalan asas untuk rakyat Gaza yang kini berdepan krisis kemanusiaan terburuk.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan menuntut pembebasan segera semua aktivis dan sukarelawan Malaysia, selain menggesa agar mereka diberikan perlindungan sewajarnya dan tidak diapa-apakan sepanjang tempoh tahanan.

Insiden ini sekali lagi menimbulkan kecaman antarabangsa terhadap tindakan agresif Israel yang berterusan menghalang konvoi kemanusiaan daripada menyalurkan bantuan kepada penduduk Gaza yang terperangkap di bawah kepungan ketenteraan sejak bertahun-tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-08 11:36:52

(TERKINI) Tentera Laut Isra*l Dilaporkan Sudah Menyerang & Culik Anak Kapal Freedom Flotilla

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...