Pada 21 April, Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesi mengesahnya sebanyak 11 ‘batch’ daripada 9 produk makanan dari negara itu dikesan mempunyai DNA babi (porcine), dan 7 daripadanya mempunyai sijil halal.
Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) segera menjalankan pemantauan bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi memeriksa kehadiran produk terbabit di pasaran tempatan.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya juga mengeluarkan arahan agar makanan yang mempunyai sijil halal di Indonesia yang dikesan mengandungi DNA babi (porcine) itu ditarik balik.
Jakim turut mengarahkan pengimport yang berkaitan untuk menghubungi kami serta mengambil tindakan menarik balik produk berkenaan dari pasaran Malaysia.
Mengikut laman sesawang Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Indonesia, kebanyakan produk berkenaan adalah marshmallow.
Sementara itu, Jakim menyeru orang ramai agar memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat atau aduan sekiranya menjumpai produk-produk terbabit di pasaran tempatan.
BACA: Lebih 50 Tahun Beoperasi, Rupanya Restoran Terkenal Di Kelantan Ini Tiada Sijil Halal Sah