9 Maut Selepas Makan Mee Lama Dalam Peti Sejuk

Trending

9 Maut Selepas Makan Mee Lama Dalam Peti Sejuk

Umum mengetahui, mi merupakan antara menu yang popular dan sering dimakan ketika majlis-majlis keraian di China.

Bagaimanapun, di Jixi, China, sebuah keluarga yang terdiri daripada sembilan anak beranak difahamkan telah meninggal dunia pada 10 Oktober lalu selepas bertindak menjamah mi  jenama Suantangzi.

Advertisement

Menurut laporan Mirror UK, mereka sekeluarga dipercayai memakan mi tersebut yang telah lama ditinggalkan di dalam peti sejuk.

Susulan telah lama disimpan, mi itu dikatakan sudah tercemar dengan Bongkrek Acid.

Hasil siasatan mendapati, pihak berkuasa tempatan mendedahkan, mi tersebut dibuat daripada tepung jagung yang diperam yang menyebabkan wujudnya Bongkrek Acid yang meracuni mereka sekeluarga.

Namun tiga kanak-kanak yang juga merupakan ahli keluarga tersebut bernasib baik kerana tidak memakannya ketika kejadian.

Pengarah Keselamatan Makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Heilongjiang, Gao Fei berkata, Bongkrek Acidboleh menyebabkan seseorang itu maut. Kematian boleh berlaku dalam tempoh 24 jam dan mangsa akan mengalami beberapa simptom seperti sakit perut, berpeluh dan seterusnya koma.

Sumber:Mirror UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...