Percaya atau tidak, terdapat satu kafe di Seoul, Korea Selatan, yang menggunakan najis sebagai tema utama. Dari luar, Poop Cafe kelihatan normal, tetapi dari segi perkhidmatan, segalanya terkait dengan tandas.
Kopi dan teh sebagai contoh, dihidangkan dalam cawan berbentuk mangkuk tandas. Seni buih atas latte berbentuk najis, begitu juga dengan bantal dan kusyen yang menghiasi kafe itu. Skon berbentuk najis dihidangkan bersama jem dalam mangkuk tandas manakala cawan juga dihias dengan bentuk najis yang ‘comel’.
Lexi, seorang blogger di Seoul Searching, menulis:
Di bahagian dalam, kafe itu normal sahaja. Walaupun hiasannya biasa, saya mula jumpa banyak ‘harta najis’ yang tersembunyi. Terdapat tandas cangkung yang telah dibuat seperti taman di lantai.
Pendek kata memang banyak hiasan berbentuk najis di kafe tersebut. Menurut seorang expatriat British Ken Kum Lee, yang menulis blog di Seoul State of Mind, Poop Cafe bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi masayarakat Korea kerana budayanya. Tambahan pula orang Korea suka lawak jenaka mengenai najis.
Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Perghhh..seteLah berehat selama hampir 2 bulan (Ramadan & Syawal)..kini Panggung Seni Tradisional 2015 kembaLi…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 23 August 2015