(9 GAMBAR)Produk Terbaru Asia Yang Terlebih Kreatif

Trending

(9 GAMBAR)Produk Terbaru Asia Yang Terlebih Kreatif

Orang Asia memang terkenal dengan kreativitinya. Atas dasar itu, beberapa produk terbaru Asia telah mendapat perhatian kerana ia dianggap ‘terlebih kreatif.

1. Bekas iPhone Yang Boleh Dimakan

Advertisement


Dipasarkan di Jepun, bekas iPhone ini diperbuat dari emping beras dan berharga USD 85 (kira-kira RM 263.20). Ianya mudah pecah tapi sekiranya pecah, anda boleh makan bekas iPhone ini, jadi tak lah rugi sangat. Tapi siapa yang nak bayar untuk emping beras dengan harga RM 263.20?

2. Buah Pear Yang Berbentuk Bayi

Buah pear berbentuk bayi ini boleh didapati dari pasaraya di China. Memang lazat katanya rasa buah ini, tapi anda perlu makan awal-awal, sebab kalau anda simpan dalam peti ais ia akan hidup dan makan ahli keluarga anda sewaktu tidur malam.

Lagi tujuh gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Tak pupus ditelan zaman, JKKN membawakan kepada anda Panggung Seni Tradisional 2013: Opera Kantonis di Auditorium JKKN WPKL, Jalan Tun H.S. Lee, KL pada 6 & 7 April 2012 (Sabtu dan Ahad) pukul 8.30 malam dan 3.30 petang. Tiket biasa berharga RM 20 (diskaun 50% untuk pemegang kad Sahabat Budaya JKKN, pelajar dan kanak-kanak).


Manakala tiket premier berharga RM 50 (tempat duduk eksklusif terhad + makanan/minuman). Tempahan/belian tiket, hubungi 03-20726431/6779!

3. Pencuci Permukaan iPad Automatik

Adakah sukar untuk menggunakan kain bagi mengelap permukaan iPad anda? Ya, dan kita perlukan bantuan automatik untuk sesuatu seperti itu. Sebab itulah robot pencuci iPad ini dicipta. Alat ini mempunyai pad pengelap yang berputar dan sensor bahagian tepi untuk mengelakkannya terjatuh dari iPad anda. Harganya lebih kurang USD 21 di Jepun (RM 65).

4. Unisikal


Pejalan kaki di China teruja menyaksikan perekacipta ‘masuk bakul’ Li Yongli mengayuh unisikalnya di jalanan Beijing. Li menunggang prototaip unisikal ini pada hari Ahad untuk menarik minat pelabur bagi mengkomersilkan rekaannya, yang dipanggilnya ‘kereta nombor satu dunia’.

5. Beg Pakaian Dalam

Beg ekologikal ini direka khas untuk membolehkannya ditukar kepada bentuk pakaian dalam. Keluar tapi lupa bawa beg? Tak mengapa, ambil saja bra dan seluar dalam anda dan tukarkannya kepada beg.

6. Gajet “Kejutkan Saya”


Seorang lelaki Jepun telah mereka satu alat untuk memudahkan pengembara LRT tidur tanpa terlepas destinasi. Gajet ini memberitahu kepada orang sekeliling destinasi lelaki yang tidur supaya orang di sekitar mengejutkan penumpang LRT tadi apabila destinasinya telah sampai.

7. Stokin Pemanas Kaki Berkuasa USB

Stokin ini dipasangkan USB dan pemanas karbon untuk memberikan kepanasan ekstra sekiranya sekadar fabrik tidak cukup untuk memanaskan kaki pada musim sejuk.

8. Telefon ‘Curang’

Jika anda seorang yang gemar mencurangi pasangan, buang iPhone anda dan belilah telefon mudah alih untuk pencurang, Fujitsu F-Series. Diberi nama jolokan ‘uwaki keitai’ atau ‘telefon curang’, ia mempunyai mod peribadi yang menyembunyikan panggilan masuk, panggilan keluar serta mesej masuk dan keluar.

9. Surpu

Tak perlu lagi guna sudu dan garpu secara berasingan, ‘spork’ atau versi Melayu, ‘surpu’ berfungsi sebagai sudu dan garpu dalam satu untuk memudahkan anda, terutamanya untuk makan mi segera!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...