Tahun ini, Shanghai Auto Show membuat keputusan berani dengan mengalihkan perhatian orang ramai kepada kereta-kereta sebenar yang dipamerkan dengan mengharamkan model berpakaian seksi. Sebelum ini, model yang berpakaian sangat seksi sering diletakkan di pameran autoshow menyebabkan banyak mata memandang mereka berbanding kereta.
Ini berita baik buat wakil-wakil jualan profesional untuk menjual kereta, bagaimanapun model-model seksi yang terlibat kini kehilangan peluang pekerjaan.
Untuk memprotes layanan itu, model-model yang kini menganggur berpakaian seperti peminta sedekah di luar Metro City di stesen Xujiahui. Mereka membawa papan tanda menyatakan “Kami ingin terus hidup!” dan mengadu mereka berlapar selama ini dengan sia-sia.
Setelah melihat gambar-gambar protes tersebut, ramai Netizen menulis untuk menyokong model-model itu, mengakui yang mereka semuanya cantik dan menarik. Namun lebih ramai memikirkan bahawa autoshow sepatutnya fokus kepada kereta, bukannya model yang berpakaian seksi beraksi dengan ular sawa. Ada yang mencadangkan model-model tersebut berpindah ke tempat lain untuk mencari peluang pekerjaan.
Lagi enam gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membawakan kepada anda Siri…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 27 April 2015