November 15th, 2011

Syella Kamaruddin, penyanyi yang juga dikenali dengan butik perkahwinannya D’Syella Place telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang VVIP yang tidak kami ketahui namanya Jumaat lepas. Jangan tanya kami mana pengantin lelaki untuk gambar ini, kerana Syella dikatakan bersanding seorang diri sahaja atas sebab-sebab tertentu. Apa pun, gambar-gambar ni cantik, kan? Kami suka kontra warna putih dan merah ros.


Perkahwinan Syella dikatakan bernilai RM 15 juta dan dia juga dikhabarkan menerima hadiah sebuah banglo dan sebuah kereta mini-cooper sebagai hantaran perkahwinan. Tahniah diucapkan, semoga berkekalan ke akhir hayat. Lagi 7 keping gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar pada ArtchanAli Photography.

***

Festival Gong Sarawak 2011 akan berlangsung di Redeems Centre, Kampung Apar, Singai, Bau, Kuching juga pada 18 hingga 20 November 2011. Festival Gong yang melibatkan pelbagai agensi kebudayaan ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi aktiviti seni budaya negara serta meningkatkan mutu permainan tradisional di rantau ini dan Asia Tenggara khasnya.

Program anjuran bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak ini menyasarkan untuk menyemarakkan aktiviti seni budaya dan warisan kepada masyarakat umum pelbagai kaum ini bakal menampilkan persembahan kumpulan gong tempatan dan jemputan, pameran alat muzik gong dan demonstrasi alat muzik gong. Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan festival.







Comments are closed.

Loading...