Inoue Takehiko ialah seorang pelukis manga Jepun yang terkenal. Dia telah melukis dan menulis manga-manga terkenal seperti Slam Dunk dan REAL, manakala untuk genre Seinen, manga seperti Vagabond. Inoue mempunyai peminat sendiri, malah manga Slam Dunk diketahui ramai sebagai manga paling laris dalam sejarah (Naruto, One Piece dan Bleach pun tidak dapat mengalahkannya).
Inoue bagaimanapun telah melancarkan satu kempen peribadi melalui Twitternya,sebagai satu usaha untuk meminta masyarakat berdoa untuk mangsa-mangsa Tsunami di Jepun. Dia melukis wajah karakter-karakter sedang senyum untuk usaha ini. Setakat ini sudah lebih dari 200 gambar telah dilukisnya untuk kempen ini. Lagi 8 gambar lukisan Inoue dengan membaca entri ini sepenuhnya. Untuk yang lain, ikuti Twitter Inoue di @inouetake