Pada tahun 2011, seorang lelaki bernama Ben Nunery telah kematian isteri bernama Ali kerana barah paru-paru. Isterinya meninggal dunia pada usia 31 tahun dan mereka mempunyai seorang anak perempuan yang pada masa itu berusia setahun. Selama dua tahun lepas, Ben dan anak perempuannya yang bernama Olivia cuba untuk hidup tanpa isteri dan ibu di sisi.
Ben dan Olivia telah membuat keputusan untuk meneruskan hidup, namun sebelum itu, mereka berdua ingin melakukan sesuatu untuk mengenang Ali, iaitu dengan mengambil semula gambar mereka berdua yang menyamai gambar perkahwinan Ben dan Ali.