Hotel terapung di Manta Resort memberi peluang kepada pengunjung untuk menghayati keindahan lautan dari dalam sebuah bilik dalam lautan. Bilik ini mempunyai tingkap-tingkap yang besar, memberikan akses kepada pemandangan dalam laut 360 darjah, dengan pemandangan pelbagai jenis ikan, terumbu karang, dan hidupan laut yang lain.
Sewa bilik ini ialah USD 1,500.00 (RM 3,230.00) semalam. Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membawakan kepada anda Siri Semarak Bangsawan 2013 dengan pementasan “Hikayat 1001 Malam” pada 13 hingga 15 Disember 2013 (Jumaat, Sabtu dan Ahad) di Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur. Bangsawan ini bakal dipentaskan oleh Opera Sri Bandaraya, DBKL.
Tiket berharga RM 5 boleh ditempah melalui nombor telefon 03-2614 8262 beserta tiket premier berharga RM 50 yang menjanjikan kepuasan menonton optimum (tempat duduk terhad di aras atas dan makan malam disediakan). Jom tengok ramai-ramai