Sebelum ini Atikah Suhaime diberitakan telah pulang ke negara kelahirannya iaitu Singapura setelah tidak lagi mendapat tawaran lakonan susulan satu kontroversi. Wang simpanannya semakin kehabisan setelah tidak ditawarkan pekerjaan selama enam bulan menyebabkan dia kembali ke sana untuk bekerja sebagai pegawai pemasaran.
Terkini, Atikah mengumumkan selamat bertunang dengan penyanyi rock Awi Rafael, semalam.
Keduanya sama berasal dari Singapura. Majlis mereka berlangsung di sebuah restoran terkenal di sana.
Kepada BH Online, Awi Rafael memberitahu mereka telah berkawan sejak enam tahun lepas namun membuat keputusan untuk bertunang Januari lepas. Perkahwinan mereka akan berlangsung pada 17 Mac 2019.
Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan sehingga tarikh perkahwinan. – beautifulnara.com
Sumber: Atikah Suhaime