Amboi, amboi, amboi. Syok juga menjadi pelakon kerana mendapat peluang untuk melancong ke luar negara sambil bekerja. Memang cemburu melihat gambar-gambar romantis pasangan suami isteri, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal di Eropah. Khabarnya mereka berada di sana untuk penggambaran sebuah drama yang bakal ditayangkan di Astro tidak lama lagi. Bertuah sungguh!!!
Bilalah agaknya Abang Nara dan wife akan dapat meniru aksi Aeril dan Wawa dalam gambar di atas? Romantis sangat-sangat berpelukan dengan Eiffel Tower menjadi latar belakang. Kalau letak kat Instagram mesti dapat ratusan LIKE. Hehehe.
Apa pun Abang Nara suka melihat kebahagiaan pasangan suami isteri ini. Semoga terus bahagia sehingga ke akhir hayat. Rasanya dah sesuai sangat dah nak tambah seorang lagi cahaya mata. Harap-harap ada berita gembira nanti. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: Kanak-kanak 5 tahun yang membantu neneknya ini pasti buat anda terharu