Serius Abang Nara rasa terharu sangat-sangat mendengar berita kehamilan Siti Nurhaliza. Rasa nak mengalir air mata. Selepas 11 tahun menanti, akhirnya beliau dikurniakan rezeki untuk menjadi seorang ibu. Alhamdulillah. Pengumuman n secara ‘live’ ini telah dilakukan selepas majlis doa selamat dan kesyukuran di kediaman Siti Nurhaliza dan Datuk K di Bukit Antarabangsa.
Berikut ialah petikan daripada ucapan Siti Nurhaliza tentang kehamilannya:-
Selama empat bulan menyepi banyak berita dan spekulasi yang timbul mengenai diri saya. Namun saya tetap mengambil keputusan untuk berdiam diri. Tidak ada sebab lain, melainkan saya ingin menjaga kehamilan peringkat pertama.
Apabila disahkan hamil, saya mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada kandungan. Lagi pula ini penantian saya dan suami selama 11 tahun. Jadi, saya fikir biarlah berehat daripada menyanyi dahulu. InsyaAllah selepas ini saya boleh fokus semula.
Diakui, ini percubaan saya yang ke beberapa kali. Alhamdulillah, kali ini Allah berikan saya rezeki ini. Ini cahaya mata yang saya impikan selama ini. Selama empat bulan saya berdiam diri dalam bilik.
Saya berterima kasih kepada semua peminat yang tidak berhenti mendoakan kesejahteraan dan kesihatan. Saya berharap penjelasan ini dapat merungkai segala persoalan. Diharap tidak ada lagi sebarang spekulasi timbul. Apa pun, doakan semoga semuanya selamat dan berjalan lancar
Tahniah sekali lagi buat Siti Nurhaliza dan Datuk K atas berita gembira ini. Semoga semuanya berjalan lancar sehingga hari kelahiran kelak. Tahniah!!! Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.