Secara jujur, satu ketika dahulu Abang Nara pernah juga tidak berapa suka akan pasangan suami isteri Ayu Raudhah dan Zaquan Adha ini. Ketika itu banyak kontroversi yang melibatkan mereka berdua dengan Rita Rudaini. Namun semenjak Ayu Raudhah bertudung, Abang Nara semakin suka melihat kemesraan dan kebahagiaan yang terpancar di dalam keluarga ini.
Tambahan pula kehadiran bayi lelaki sulung mereka yang sangat comel menyerikan lagi kehidupan Ayu dan Zaquan. Dalam salah satu gambar yang dikongsi Zaquan, gaya rambut anak mereka yang mencacak naik sememangnya sangat comel. Kalau jumpa depan mata confirm kena cubit punya. Hehehe.
Semoga kebahagiaan ini akan terus berkekalan buat mereka. Semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak kedua pula selepas ini. Mana tahu ada rezeki dapat baby girl pulak. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar keluarga bahagia Ayu Raudhah dan Zaquan Adha dengan membaca artikel ini sepenuhnya.