(9 GAMBAR)Faizal Ismail Dilantik Sebagai Duta Kopi Alicafe Tongkat Ali Dan Ginseng

Hiburan

(9 GAMBAR)Faizal Ismail Dilantik Sebagai Duta Kopi Alicafe Tongkat Ali Dan Ginseng

Abang Nara merupakan penggemar kopi. Setiap pagi ketika bersarapan, mesti kena minum kopi. Kalau tak satu hari rasa lain macam je. Jadi bila dapat jemputan untuk ke majlis pelancaran produk terbaru Power Root Marketing yang terkenal dengan kopi Alicafe, memang pucuk dicita ulam mendatang. Untung-untung boleh dapat stok Alicafe percuma untuk diminum setiap pagi.

alicafe

Abang Nara dah try, boleh tahan sedap rasanya

Produk terbaru ini ialah Kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng. Abang Nara akan bercerita lebih mendalam lagi tentang kelebihan Kopi Alicafe yang terbaru ini, tetapi buat masa ini, tahniah diucapkan kepada Faizal bin Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI yang telah dilantik sebagai duta produk ini. Memang satu gandingan yang amat sesuai sekali.

Advertisement
alicafe

bertenaga dan ceria sungguh FBI nie

Tongkat ali dan ginseng memang dikenali sebagai bahan yang memberikan tenaga kepada penggunanya. Kalau dah digabungkan kedua-duanya dalam satu kopi, memang confirm lain macam kesan dia. Menurut FBI, sampai ke malam terasa bertenaga je. Power!!! Kata FBI:-

“Ya, memang saya penggemar kopi. Malah, saya telah cuba pelbagai jenis kopi kerana saya beranggapan kesemua kopi adalah sama. Namun, jauh panggang dari bara. Bila saya mula mencuba kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng ini, saya dapati khasiatnya memang luar biasa. Maksud saya, walaupun ia hanyalah secawan kopi, tetapi setelah saya minum kopi ini, saya dapat rasakan perbezaannya. Saya lebih bertenaga dan lebih fokus. Bukan sahaja di siang hari, malah sehingga ke malam.

Di situlah saya tahu yang kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng ini memang kopi luar biasa dan tiada kopi 3-dalam-1 setandingnya. Sejak daripada itu, saya tidak akan mulakan hari saya tanpanya. Jadi, itulah rahsia yang saya ingin kongsikan kepada semua.

alicafe

Gabungan 3 bahan yang pasti menjanjikan keenakan

Abang Nara akan cuba Kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng seminggu dua ini. Nak tahu juga betul ke kesannya seperti yang diperkatakan oleh FBI. Nanti Abang Nara kongsikan dengan anda semua. Kalau korang nak try, boleh cuba dapatkan di kedai-kedai runcit berhampiran rumah anda. Confirm ada jual. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

alicafe

alicafe

alicafe

alicafe

alicafe

alicafe

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...