Tahniah kami ucapkan kepada pelakon cantik manis, Siti Saleha yang telah selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Lutfi Azhar hari ini di kediaman keluarga beliau di Klang, Selangor.
Alhamdullilah, apa yang kami rancang berjalan lancar. Mengikut perbincangan, majlis pernikahan kami akan dilangsungkan pada awal tahun hadapan. Tambahan pula selepas setahun berkenalan dan dilamar Lutfi Julai lalu, kami memang tidak mahu bertunang lama-lama.
Setahun berkenalan sudah cukup untuk mereka berdua mengenali hati budi masing-masing. Menurut Siti Saleha, beliau juga sangat rapat dengan ibu Lutfi sejak hari pertama mereka bertemu.
Malah, keluarga kedua-dua pihak juga rapat selepas kami berkawan. Saya sendiri sangat rapat dengan ibu Lutfi. Jadi, atas restu keluarga kedua-dua pihak juga menyebabkan segala perancangan dibuat menjadi lancar.
Sekali lagi kami mengucapkan tahniah buat Siti Saleha dan pasangan. Semoga segala perancangan dan persiapan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar.
Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis pertunangan Siti Saleha dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kredit Foto : qahharphotography