January 1st, 2016

10 tahun berkenalan dan 2 tahun menyulam cinta akhirnya Marsha Milan Londoh dan Mohamed Shaiful Nizam sah menjadi suami isteri semalam.

Marsha menerima mas kahwin berjumlah RM 1,001 daripada Shaiful, tetapi pasangan ini mebuat keputusan untuk merahsiakan jumlah hantaran perkahwinan.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Timur Laut Pulau Pinang, Fauzi Ibrahim manakala Marsha diwakil walikan oleh hakim.

Pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas sembilan dulang hantaran.

Marsha sempat meluahkan rasa syukur kerana semua persiapan berjalan dengan lancar dan berharap peminat mendoakan kebahagiaan beliau bersama suami tercinta.

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya sudah selamat dan saya berharap semua peminat mendoakan kesejahteraan saya dan perkahwinan ini.

Terima kasih juga kepada keluarga saya dan keluarga mertua yang banyak membantu dan membimbing saya. Harapan saya, semoga penyatuan dua hati ini sentiasa dirahmati dan diberkati oleh-Nya.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah Marsha Milan dan Shaiful denga membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita:mStar Online


Comments are closed.

Loading...