Sejak berita Datuk Farid Kamil didakwa kerana terlibat dengan dadah jenis ganja, cetus spekulasi mengatakan rumah tangga beliau bersama Diana Danielle sedang bergolak. Ada sesetengah netizen kurang yakin mahligai yang dibina oleh pasangan ini dapat bertahan lama apatah lagi dihimpit dengan pelbagai kontroversi.
Namun, semua itu hanya andaian belaka. Menerusi beberapa foto yang dikongsikan di Instagram, Farid dan Diana jelas begitu bahagia sekali. Aksi manja mereka berdua menjadi perhatian ramai dan sekaligus membuktikan cinta mereka masih lagi utuh.
Setiap rumah tangga pasti akan ditimpa dengan ujian, namun kita haruslah bijak untuk menangani masalah yang mendatang dalam perhubungan.
Jom lihat beberapa lagi foto manja Farid dan Diana dengan membaca entri ini sepenuhnya.