9 ‘Formula’ Bagaimana Ibu Bapa Perancis Mendidik Anak-Anak Mereka

Trending

9 ‘Formula’ Bagaimana Ibu Bapa Perancis Mendidik Anak-Anak Mereka

Ramai yang menyedari kanak-kanak di negara Perancis sangat beradab sopan, bijak dan aktif. Mereka jarang berperangai nakal dan cerewet.

Advertisement

Mereka akan makan apabila makanan dihidangkan dan anak ini akan menyapa jiran dengan sopan apabila terserempak dengan mereka.

Di sinilah terbongkar ‘9 formula rahsia’ mengapa ibu bapa Perancis dapat mendidik anak mereka dengan baik dan sopan.

1. Ibu bapa kembali bekerja lebih awal

Ibu-ibu di Perancis akan kembali kepada rutin kerja mereka seawal 10 minggu selepas bersalin walaupun undang-undang membenarkan mereka duduk di rumah menjaga anak.

Ini kerana mereka mahu anak mereka biasa untuk berada di antara orang asing sedari usia muda. Ia membantu mereka lebih berdikari dan mampu menyesuaikan diri.

2. Tidur berasingan

Anak-anak di sana di ajar untuk di bilik tidur berasingan dari ibu bapa mereka.

Jika terbangun di tengah malam dan mula menangis, ibu akan menunggu beberapa ketika sebelum hadir untuk memujuk. Lama-kelamaan, mereka akan biasa tidur sendirian.

3. Kebebasan bertindak

Ibu bapa di Perancis memberi kebebasan untuk anak-anak bertindak sendirian.

Sangat jarang untuk anda lihat ibu bapa bermain dengan anak-anak mereka di taman permainan. Mereka tidak masuk campur dengan urusan anak-anak dan membiarkan kanak-kanak menyelesaikan sebarang konflik dengan sendiri.

Ibu bapa di Perancis juga akan membezakan perangai kanak-kanak yang ingin bergurau atau perangai yang benar-benar teruk.

Hanya perangai teruk sahaja akan didenda. Dari sini, anak-anak akan tahu perbezaan tindakan apa yang tak boleh dilakukan.

4. Tidak dijaga oleh atuk dan nenek

Atuk dan nenek hanyalah menyokong untuk mendidik cucu.

Orang tua di Perancis lebih banyak duduk di kafe atau restoran menikmati kopi atau wine dari menjaga anak-anak. Mereka akan berkumpul bersama cucu ketika hari cuti atau hari minggu saja.

5. Tiada makanan budak-budak

Perkara yang paling ditekankan di Perancis ialah makanan, hingga waktu rehat tengah hari boleh berlarutan sehingga dua jam.

Orang Perancis menekankan yang makan bersama keluarga sekurang-kurangnya sekali sehari adalah amat penting.

Dan makanan kanak-kanak dan orang dewasa adalah SAMA, tiada perbezaan rupa atau rasa yang ketara.

6. Mementingkan perilaku yang baik

Perilaku yang baik akan berkekalan dan kanak-kanak di Perancis diajar tentang benda ini sejak kecil.

Mereka menegur jiran-jiran dan menawarkan tempat duduk kepada yang lebih memerlukan di dalam bas.

Dari umur yang muda, mereka belajar 4 perkataan sopan yang penting iaitu “TERIMA KASIH”, “SAMA-SAMA”, “SELAMAT TINGGAL” DAN “SELAMAT PAGI/TENGAH HARI/PETANG”.

7. Belajar bukan pada usia paling awal

Adalah normal di Perancis jika kanak-kanak berusia 5 tahun tidak tahu membaca.

Ini kerana mereka membiarkan kanak-kanak untuk bermimpi, meneroka dunia, belajar menjadi sopan dan bertanggungjawab.

Dan ketika mereka berusia 6 tahun, barulah mereka mula belajar membaca dan mengira.

8. Wang saku pada anak-anak

Seawal usia 7 tahun, kanak-kanak di Perancis akan menerima wang saku dan dibenarkan menggunakan wang tersebut dalam cara yang mereka mahu.

Selalunya, jumlah wang saku bulanan bersamaan dengan umur kanak-kanak itu.

Jadi, semasa pergi ke pusat beli belah atau pasaraya, mereka jarang menangis atau marah kerana ibu bapa tidak membelikan sesuatu.

9. Hari Ahad adalah hari keluarga

Hari Ahad ialah hari yang terbaik untuk pergi ke taman rekreasi untuk berkelah bersama keluarga atau bermain basikal bersama.

Orang Perancis sangat teliti dengan hari Ahad adalah untuk keluarga. Malah mereka akan merancang dari awal.

Menarik bukan?

Bukanlah hendak mengatakan semua yang luar buat bagus.

Namun, apa yang baik wajar dikongsikan dan diikuti, betul tak? Buang yang keruh ambil yang jernih. Ada sesetengah boleh diaplikasikan, ada sesetengah tidak. Pilihan di tangan anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...