Sebagai seorang ibu dan bapa, pastinya kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Ditambah lagi dengan zaman yang sangat mencabar dan ekonomi yang tidak menentu memerlukan kita membuat perancangan yang terbaik supaya masa depan anak-anak terjamin.
Bagi ibu ini pula, dia lebih memilih untuk menghantar anaknya ke sekolah jenis kebangsaan cina. Walaupun sedar kemungkinan pelbagai kesan akan terjadi, beliau tetap dengan pendiriannya.
Dan ini dilema yang beliau kongsikan sekiranya anda juga mempunyai niat untuk menghantar anak ke sekolah cina.
Ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah di Sekolah Cina or SJKC mesti korang rasa apa yang Sis Fa rasa kan?
First thing first. Kenapa Sis Fa nak hantar anak ke sekolah Cina ya?
Zaman Sis Fa muda dahulu Sis Fa lebih ramai kawan yang berbangsa Cina.
Oleh itu Sis Fa memang bertekad untuk menghantar anak Sis Fa untuk mempelajari bahasa Cina. Sis Fa memang tidak tahu berbahasa Cina langsung.
Dari pengalaman Sis Fa lah lagi banyak pertuturan bahasa yang kita kuasai, lebih cerah dan lebih mudah untuk kita di masa hadapan.
Hebat bukan jika anak kita boleh berkomunikasi/ menguasai Bahasa Cina dengan fasih?
Bermula seawal umur anak Sis Fa empat tahun Sis Fa menghantar anak Sis Fa ke tadika Cina sehinggalah umurnya 6 tahun.
Tahun 2017 adalah tahun pertama anak Sis Fa menjejakkan kaki ke Tahun Satu.
Gementar dan macam- macam perasaan ada tapi Sis Fa memang dah tekad untuk meneruskan pengajian anak Sis Fa ke sekolah Cina.
Tahun 2018 ini adalah tahun kedua. Alhamdulillah Sis Fa tetap teruskan.
Setakat ini semuanya ok cuma biasalah kita sebagai ibu mesti risau kan jika anak kita susah dan masih tak dapat menguasai Bahasa Cina dengan baik.
Berikut adalah 9 dilema yang Sis Fa hadapi sepanjang dua tahun menghantar anak Sis Fa ke sekolah Cina / SJKC:
1) Bahasa/ Pertuturan:
Bahasa dan Pertuturan mereka di sekolah semestinya Bahasa Cina sahaja. Risau juga nanti kalau anak Sis Fa terlupa pula bahasa Ibunda dia…KihKihKih2)Pembelajaran:
Semua subjek Pembelajaran mereka adalah dalam bahasa Cina kecuali BM, BI dan Agama. Pening juga tengok buku-buku sekolah anak Sis Fa.3)Makanan/ Minuman
Sis Fa tidak menggalakkan anak Sis Fa untuk membeli di kantin sekolah. Lagi pun katanya tidak sempat sebab kena beratur panjang. Waktu rehat pula singkat kerana masa inilah mereka hendak makan lah, hendak ke tandas lah. Mesti bawa bekal setiap hari dari rumah.4) Kawan/ Pergaulan
Anak Sis Fa lebih cenderung berkawan dengan murid Cina. Ada juga kawan lain yang berbangsa Melayu dan India. Biasalah anak Sis Fa suka berkawan dengan semua orang… Macam Sis Fa juga!5) Belajar Agama
Setiap hari ada pelajaran agama tetapi result tidak memberangsangkan. Oleh sebab itu Sis Fa menghantar anak Sis Fa ke kelas KAFA setiap hari kecuali Hari Rabu.6) Kelas Tambahan
Sangat perlu sebab tidak ada seorang pun di rumah yang boleh mengajar dalam bahasa Cina. Kalau ada kerja rumah yang tidak sempat buat atau terlupa bawa, biasanya Sis Fa akan cuba bantu dengan menggunakan ‘Google Translator’ atau pun meminta tolong kawan-kawan Sis Fa yang berbangsa Cina.7) Mengaji
Belajar mengaji di rumah sahaja buat sementara waktu. Kadang sempat kadang tidak sempat pun.8 ) Hari Sukan /Mesyuarat PIBG
Biasanya mereka berkomunikasi dalam Bahasa Cina. Sepatah pun Sis Fa tidak faham. Biasanya orang sebelah akan jadi ‘translator’ lah.9) Buku
Masalah buku banyak dan beg berat… Kadang-kadang kesiankan… Tapi hendak buat macamana.. Anak Sis Fa pun suka bawa semua buku ke sekolah…Hahaha…Ok la habis dah bebelan Sis Fa harini…
Ada tidak Ibu Bapa yang mempunyai delima macam Sis Fa ini ya?
Doakan semoga dipermudahkan urusan Sis Fa dan anak Sis Fa untuk meneruskan pengajian di Sekolah Cina / SJKC dan juga para ibubapa yang juga menghantar anak-anak ke Sekolah Cina / SJKC ya.
Amin.Ibu Bekerja Sepenuh Masa,
FaraWahida Dzulkifli