9 Ciri ‘Travel Buddy’ Idaman Yang Tidak Memeningkan Kepala

Travel

9 Ciri ‘Travel Buddy’ Idaman Yang Tidak Memeningkan Kepala

Kawan merupakan orang yang paling best sekali untuk melakukan perkara bersama-sama dan bak kata pepatah, “Orang yang paling best adalah mereka yang boleh travel and tinggal bersama anda”.

Advertisement

Ia sentiasa dikatakan lebih mudah untuk mengenali seseorang dengan lebih lanjutnya semasa anda melancong bersama-sama tetapi, suka atau tidak, anda akan mengetahui tabiat-tabiat mereka sama ada yang baik, ataupun yang buruk.

Tanpa berlengah lagi, kami telah mengumpulkan senarai ciri-cir kawan yang best untuk dibawa bersama. Anda mungkin akan bertembung dengan jenis yang merupai kawan anda ataupun diri anda. Enjoy!

1. Sekufu

Sekufu di sini maksudnya korang kena lah cari travel buddy yang sekufu dengan bajet korang waktu tu.

Sebagai contoh, kalau korang nak travel ala-ala bajet rendah punya style, kena lah cari member yang macam tu juga. Yang tak kisah untuk tidur di hotel bajet, tak kisah makan makanan-makanan tepi jalan dan sebagainya.

Jadi nanti segala plan korang dari awal tu tak adalah tergendala bila tiba di lokasi percutian korang nanti tu.

Kalau korang jenis travel yang lavish-lavish tu, korang pun kena lah cari member yang seangkatan dengannya. Barulah korang boleh menikmati percutian tu dengan sempurna.

2. Tak banyak songeh

Untuk pastikan korang tak stress sewaktu travel, pastikan yang travel buddy korang jenis yang tak banyak songeh. Pergi situ tak nak, pergi sini tak boleh. Itu tak suka, ini tak suka.

Makan itu tak nak, makan ini tak mahu. Eh banyak cerita pulak kau ya? Bukan apa, benda ni secara tak langsung akan spoil – kan mood bercuti korang.


3. Jenis tak berkira

Jenis tak berkira kat sini bukan bermaksud korang boleh ambil kesempatan atas sikap baik yang diorang buat, tapi ini akan memudahkan lagi perjalanan aktiviti korang sewaktu travel.

Misal kata, kalau korang waktu tu tertinggal dompet dalam bilik dan korang tak ada cash, so travel buddy ni boleh tolong bayarkan dulu untuk korang.

Contoh lain, makan malam hari ini korang belanja, esok dia belanja pula. Kalau ada hutang seringgit dua tu apa lah sangat kan?

4. Open-minded

Lagi bagus kalau dapat travel buddy yang jenis open-minded.

Jadi bila berlaku benda yang remeh-temeh, tak perlu nak dijadikan isu sekali pun. Open-minded di sini bukanlah bermaksud korang sewenang-wenangnya boleh melakukan apa saja perkara tanpa batas, tetapi seseorang yang tidak judge sesuatu perkara berdasarkan apa yang dilihat.

Contohnya, korang ke luar negara dan ternampak sesuatu budaya pelik masyarakat di situ, sebagai pelancong elakkan untuk bersikap judgemental. Ini juga serba sedikit akan merosakkan mood bercuti korang.

Nanti nak berjalan pun susah, asyik fikir bukan-bukan.

5. Jenis menghormati orang lain

Walaupun dah lama kawan ke apa, sikap menghormati antara satu sama lain tu memang sepatutnya ada.

Carilah travel buddy yang hormat dengan keadaan sekeliling dan bukannya yang jenis suka guna barang orang lain sesuka hati. Hatta, nak guna ubat gigi sekalipun.

Sikap hormat ni penting supaya korang tak bertengkar dan bermasam muka sewaktu travel nanti. Tak best lah kalau travel kalau gaduh-gaduh macam tu kan?

6. Sama-sama selesaikan masalah

Mana-mana je korang pergi pasti akan ada masalah. Tak kiralah kecil atau besar.

Jadi pastikan travel buddy korang tu jenis yang akan sama-sama selesaikan masalah dan bukannya menambahkan masalah. Sepatutnya kalau ada masalah, kenalah bincang sama-sama untuk dapatkan jalan penyelesaian. Kalau ada masalah dia diam je, baik tinggalkan dia terus.

7. Tak malas bergerak

Dah nama pun travel, perlu lah banyak bergerak.

Tambah-tambah lagi yang travel ala-ala backpackers, bergerak itu perkara utama yang perlu dilakukan. Percutian korang confirm tak akan best kalau ada travel buddy yang malas nak bergerak.

Pergerakan korang pun akan jadi terhad. Elok-elok banyak tempat korang boleh pergi, tapi disebabkan dia ni korang terpaksa cancel plan ke sana sini. Semua benda nak naik kenderaan, jalan kaki sikit dah merungut. Ha macam mana tu?

8. Bukan selfish

Sikap pentingkan diri sendiri ni memang tak ada siapa pun suka.

Jadi kalau nak cari travel buddy tu pastikan diorang tu bukan selfish yang hanya fikir pasal diri sendiri je dan tak fikirkan pasal orang lain. Bak kata orang, nak lepaskan diri dia sorang je, member kat belakang tinggal sorang-sorang.


9. Pandai baca peta

Ini macam kira bonus lah. Kalau dapat travel buddy yang pandai baca peta lagi bagus.

Ini akan mengelakkan korang dari tersesat. Lebih-lebih lagi jika korang backpackers. Masa pun jadi jimat dan kalau sesat sekalipun mesti diorang ni boleh bantu korang cari jalan pulang secepat yang mungkin. Tapi selalunya boleh baca peta ni mesti lelaki kan? Ke tak? Hmm…

Sumber: @tsgkasijadi @says

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...