9 Cara Paling Mudah Bagaimana Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Tabung Haji

Trending

9 Cara Paling Mudah Bagaimana Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Tabung Haji

Nak menabung pada zaman sekarang cukup senang. Melalui handphone pun boleh buat. Antara mahu ataupun tidak sahaja. Kali ini kami akan kongsikan cara untuk menabung melalui tabung haji pula.

Advertisement

Seperti ramai sedia maklum, keuntungan dividen hasil dari menabung di tabung haji juga tinggi. Jadi, apa salahnya kalau mulakan dari sekarang kan?

Ikut Je 9 Cara Paling Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u ke Tabung Haji..

Wajib Buat Untuk Tabung Simpanan Masa Depan.

Ramai juga yang gelisah sampai terpaksa PM Lia tanya cara macam mana kalau tak ada CIMB, tapi ada Maybank je dan nak transfer ke Tabung Haji.

Rupanya masih ramai lagi yang tak tahu info ini, membuatkan Lia risau sangat kalau kita tak pandai nak uruskan simpanan duit kita dengan baik ke Tabung Haji!

Sebenarnya sangat mudah!

Ada 9 langkah je supaya duit anda selamat dipindahkan terus ke akaun Tabung Haji.

Tapi sebelum itu, bagi anda yang pertama kali nak buat transfer macam ini, perkara pertama anda perlu buat ialah pergi ke ATM Maybank dan bawa sekali buku akaun Tabung Haji anda tu ye.

1. Masukkan kad ATM Maybank anda ke mesin ATM Maybank.

2. Pergi ke menu TABUNG HAJI (TH)

3. Tekan “Daftar Akaun TH ke ATM Kad”

4. Masukkan nombor akaun TH anda. (Nombor akaun tengok di buku akaun TH ya)

5. Siap!

Lepas dah siap daftar akaun TH di mesin ATM, kemudian apa yang perlu anda lakukan ialah terus login ke akaun Maybank2u.

Dah login?

Nah buka gambar di bawah ini satu per satu tau. Ajak kawan-kawan kelas, team business, keluarga anda atau sesiapa sahaja mulakan simpan duit di Tabung Haji. Mulakan je dari sekarang, InshaaAllah lama-lama anda akan SUKA SANGAT simpan duit ni. Sampaikan nak shopping barang pon fikir 2-3 kali. Eh!

Lepas dah settle daftar di Mesin ATM, terus login Maybank2u anda.

1. Click pada menu “Accounts & Banking”

2. Click menu “Transfers”

3. Click menu “Tabung Haji”

4. Click “Maybank to TH Own Account Transfer”

Nota : Nak check berapa balance akaun Tabung Haji pon boleh tau. Click “Balance Inquiry” dan anda boleh check berapa baki dalam akaun TH anda. Senang dan mudah je kan boleh terus tengok baki dari handphone canggih anda tu je. Hehe!

5. Dekat sini masukkan berapa amount anda nak transfer ke akaun Tabung Haji.

6. Contoh Lia letak RM100

7. Siap? Pergi ke “Continue”

8. Click “Request for TAC” dan masukkan nombor TAC ke dalam ruang TAC.

9. Siap? Laju-laju click “Confirm”

Wah! Syukur Alhamdulillah, nampaknya dah selesai lah transfer duit ke akaun Tabung Haji.Tahniah!

Sumber : Lia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...