9 Cafe “Hipster” Menarik Yang Anda Kena Singgah Bila Datang Ke Terengganu

Trending

9 Cafe “Hipster” Menarik Yang Anda Kena Singgah Bila Datang Ke Terengganu

Sebut saja Negeri Terengganu mesti orang akan ingat nasi dagang, keropok lekor dan juga ketupat sotong kan. Semestinya ramai yang tertanya-tanya dimana tempat makan best di Kuala Terengganu.

Sememangnya Negeri Terengganu kaya dengan pelbagai jenis makanan lain yang juga tidak kurang sedapnya. Selain itu juga, negeri yang terletak di pantai timur Malaysia ini juga kaya degan budaya dan hasil kraftangan yang menakjubkan.

Advertisement

Tidak dinafikan makanan-makanan yang terdapat di Negeri Terengganu ini sedap-sedap belaka. Jadi kali ini kami ingin membawakan anda senarai kafe moden best di Kuala Terengganu.

1. On The Way Kopitiam @ Jalan Bandar

84195ef36db5

 

Kafe moden yang menyediakan masakan tempatan ini digemari ramai dengan menunya yang padu, termasuklah laksa Terengganu dan keropok lekor. Di hari-hari panas, sejukkan badan dengan shaved ice desserts yang disediakan di kafe comel ini. Gambar #OOTD korang di kafe ni jangan lupa ye!

Alamat:
  No.147, Jalan Bandar Kuala Terengganu

Status: Halal

Waktu Operasi: 11 pagi – 12 malam (setiap hari)

No. Telefon: +6012 938 4933

Dapatkan maklumat lebih lanjut: Facebook | Instagram 

2. QAWA Coffee & Sandwiches @ Jalan Budiman

B1d3Image via QAWA Coffee & Sandwiches

5d55
Kafe berkonsep container ini wajib dikunjung semasa di Kuala Terengganu! Selain konsep rekaannya yang unik, kafe ini juga menyajikan pelbagai jenis sandwich dan kek yang menarik.


Alamat:
 1482, Jalan Budiman, Kampung Mengabang Tengah

Status: Halal

Waktu Operasi: 
12pm – 12.30am (Sabtu – Selasa)
12pm – 2am (Rabu & Khamis)
5pm – 2am (Jumaat)

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

3. The Syrup VS Soda @ Jalan Batas Baru

19faImage via The Syrup VS Soda

Nakkan masakan Western yang awesome? Kafe happening ini menyediakan pelbagai hidangan menarik seperti Crispy Chicken Burger. Hidangan seperti Lamb Chop, Salmon Steak dan sebagainya pun ada juga!


Alamat:
 Lot 3373 Jalan Batas Baru

Status: Halal

Waktu Operasi: 
8 pagi – 4 petang, 5 petang – 12 malam (Sabtu – Khamis)
Tutup setiap Jumaat

No. Telefon: +6017 970 1411

Dapatkan maklumat lebih lanjut di: Facebook | Instagram

4. Oliva Cafe @ Jalan Sultan Sulaiman

32fbImage via Oliva Cafe
EceaImage via Oliva Cafe
Menu kreatif di Oliva Cafe menjadikannya antara kafe moden wajib-kunjung di sini.

Daripada Crab Spaghetti kepada Smoked Paprika Ribs, semuanya sedap!

Alamat:
 1102-D, Jalan Sultan Sulaiman

Status: Halal

Waktu Operasi:
5 petang – 12 malam (Selasa – Ahad)
Tutup setiap Isnin

No. Telefon: +609 628 4888

Dapatkan maklumat lebih lanjut di: Facebook

5. Star Anise Cafe @ Jalan Kampung Cina

172d                                                 Image via Instagram @kokchoong_ho

E1edImage via Star Anise Cafe
38e2Image via Star Anise Cafe
Kafe ini terkenal dengan latte art yang unik dan comel, dan menjadi antara pilihan popular untuk sesi mengopi. Menunya pula dipenuhi pelbagai desserts berinspirasikan citarasa tempatan seperti Bubur Cha Cha dan Cendol Waffles.


Alamat:
 Jalan Kampung Cina, Kampung Banggul

Status: Halal

Waktu Operasi: 
2 petang – 12 malam
Tutup setiap Isnin

No. Telefon: +6017 664 2368

Dapatkan maklumat lebih lanjut di: Facebook | Instagram

6. RAHSIA Kitchen @ Jalan Budiman

9d7d                        Image via Instagram @rahsia_kitchen

Bc81Image via RAHSIA
Cc4eImage via RAHSIA Kitchen
Minat Butter Chicken? Cuba hidangan special ini di RAHSIA Kitchen! Selain itu, jangan lupa cuba pelbagai jenis pasta dan stik juga.


Alamat: 
1436, Jalan Budiman, Kampung Mengabang Tengah

Status: Halal

Waktu Operasi: 
5 petang – 11.15 malam (Sabtu – Khamis)
Tutup setiap Jumaat

Dapatkan maklumat lebih lanjut di: Facebook | Instagram

7. Nami House 2 @ Kampung Kubang Parit

E79fImage via Nami House 2 Kubang Parit

33d2                                                 Image via Instagram @nami_house

951eImage via Nami House 2 Kubang Parit

Kafe berkonsep santai ini perfect untuk anda lepak bersama keluarga dan kawan-kawan sambil menikmati minuman meleleh popularnya seperti Teh Tarik Madu dan Teh Tarik Hijau. Hidangan Western seperti Chicken Chop dan Lamb Chop turut dimuatkan dalam menu di Nami House 2.

Alamat: Lot 1224, Kampung Kubang Parit

Status: Halal

Waktu Operasi: 
5 petang – 11 malam (Selasa – Ahad)
Tutup setiap Isnin

No. Telefon: +6013 980 8938

Dapatkan maklumat lebih lanjut di: Facebook | Instagram

8. Kawan Cafe @ Jalan Sultan Zainal Abidin

99a8                                             Image via Instagram @kawancafe

8d70Image via Kawan Cafe

Di kafe minimalis dan elegan ini, anda boleh menikmati kopi bersama pelbagai jenis dessert seperti kek dan pancake. Hidangan tempatan seperti Sotong Kangkung pun ada!

Alamat: No.19, Jalan Sultan Zainal Abidin

Status: Halal

Waktu Operasi:
9 pagi – 10 malam (Sabtu – Khamis)
Tutup setiap Jumaat

No. Telefon: +6019 760 8556 / +6012 965 3212

Dapatkan maklumat lebih lanjut di: Facebook | Instagram

Selamat mencuba!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...