9 Bulan Tak Jumpa, Nadiyah Shahab Rindu Keluarga Di Singapura

Hiburan

9 Bulan Tak Jumpa, Nadiyah Shahab Rindu Keluarga Di Singapura

Mengakui rindu untuk menatap wajah kedua ibu bapa di Singapura, pelakon Nadiyah Shahab kini bagi dihuni sepi apabila hampir sembilan bulan tidak menjenguk keluarga di negara tersebut.

 9 Bulan Tak Jumpa, Nadiyah Shahab Rindu Keluarga Di SingapuraMenurut Nadiyah, sebelum ini beliau akan pulang ke Singapura setiap bulan, namun kini terpaksa melepaskan rindu dengan panggilan video sahaja berikutan kerajaan belum bersedia membuka pintu sempadan negara rentetan keadaan pandemik COVID-19 masih berleluasa di seluruh dunia.

Advertisement

“Sebelum ini, setiap bulan pasti saya akan pulang ke Singapura, tetapi kini sudah hampir sembilan bulan saya tak dapat bertemu ahli keluarga. Adakalanya akan ada perasaan ‘lonely’ sebab berjauhan dengan ibu bapa.”

 9 Bulan Tak Jumpa, Nadiyah Shahab Rindu Keluarga Di Singapura

Terdahulu, sekitar tahun 2018, kecoh di media sosial apabila Nadiyah khabarnya terkejut apabila dilarang memasuki Malaysia kerana tidak memiliki permit bekerja. Kejadian itu juga telah memaksa dirinya berpatah semula dan membiarkan suaminya, Ben Ali pulang sendirian ke Malaysia.

Untuk rekod, merupakan seorang pelakon yang berasal dari Singapura. Beliau mula terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Tengku Natasha dalam drama bersiri Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia Senrose.

 9 Bulan Tak Jumpa, Nadiyah Shahab Rindu Keluarga Di Singapura

Nadiyah juga telah selamat melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, Ben di Singapura pada November 2018. Sehingga kini, khabar berita dirinya telah berbadan dua masih belum didengari.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...