9 Bilik Tidur, 7 Bilik Air & Perpustakaan Hanya Tinggal Kenangan, Rumah Agam Sharifah Aini Dirobohkan

Hiburan

9 Bilik Tidur, 7 Bilik Air & Perpustakaan Hanya Tinggal Kenangan, Rumah Agam Sharifah Aini Dirobohkan

Difahamkan, banglo milik Biduanita Negara iaitu Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang sebelum ini mewah terletak di belakang hotel di Petaling Jaya sudah pun dirobohkan.

Tiada lagi rumah agam arwah Sharifah Aini

Rumah agam dua tingkat milik arwah hanya tinggal longgokan pecahan batu setelah ‘dihancurkan’ oleh jengkaut atas permintaan pemilik baru tanah terbabit.

Advertisement

Yang dahulu menjadi ‘syurga’ buat Biduanita Negara itu diami, kini cuma bersisa tembok batu coklat kiri dan kanan yang tertera nombor rumah tersebut, 42, manakala pintu gah berwarna hitam sudah digantikan dengan zink hijau menandakan kerja kontrator sedang dijalankan.

rumah sharifah aini

Difahamkan dari laporan Hib Glam, pemilik terbaru bertindak merobohkan rumah agam itu kerana mahukan tanah saja, bahkan dikatakan turut membeli lot tanah sebelah kediaman itu.

Barangan peribadi sudah dipindahkan

Melalui info yang didapati daripada kenalan arwah, individu itu menyatakan barangan peribadi Sharifah Aini terutamanya berkaitan kerja seninya sudah pun dipindahkan ke tempat lain.

Setahu saya semua barangan peribadi terutama trofi serta hadiah penghargaan yang diterima sudah disimpan di tempat selamat selepas tiga tahun rumah itu berada dalam pasaran.

rumah sharifah aini

Sekadar info, Aliff iaitu merupakan anak lelaki Allahyarham mengambil tindakan untuk menjual rumah agam itu kerana terlalu besar untuk empat beranak berteduh, selain kos penyelenggaraan terlalu tinggi.

Sharifah Aini
10 months ago

(VIDEO) "Rindu Suara Lemak Merdu Kak Pah.." - Pesanan Arwah Datuk Sharifah Aini Kembali Tular, Beri Pesanan Tentang Solat Dan Aurat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...