9 Alasan Kewangan Ini Seringkali Kita Guna Untuk Sedapkan Hati Sendiri, Betul Tak?

Trending

9 Alasan Kewangan Ini Seringkali Kita Guna Untuk Sedapkan Hati Sendiri, Betul Tak?

Gaya hidup mencerminkan kemampuan kewangan diri kita. Adakalanya sehingga kita memberi alasan pada diri sendiri kita tak boleh buat atas sebab tertentu seakan cuba untuk sedapkan hati sendiri. Perasan tak?

Advertisement

Jom kita lihat sembilan alasan kewangan yang sering kali kita berikan, dalam mengurus kewangan, dan ianya hanyalah untuk menyedapkan hati kita sahaja. Jom kita baca, penulisan saudara Zaidi Ismail, mengenai alasan kewangan ini.

Adakah anda juga memberi alasan seperti ini?

ALASAN KEWANGAN UNTUK SEDAPKAN HATI SENDIRI

1. Takpalah “renovate” rumah gila-gila .. rumah ini akan jadi milik kita juga akhirnya …. macam dia tahu apa yang akan berlaku masa depan , kena buang kerja .. beban ansuran rumah tak boleh nak bayar dan rumah pun kena lelong .. yang senyum tuan rumah baru.

2. Takpalah membakar diri macam lilin demi keluarga dan sahabat handai .. nanti dapat pahala .. yer laa baru lepas berdialog dengan Raqib , yang pasti setiap bulan senak menanggung hutang atau nama dah tak boleh guna untuk kumpul harta sebab dah kena “blacklist” sebab orang lain

3. Balik kampung sekerap yang mungkin .. boleh dapat redha ibu-bapa .. mereka akan doakan kesejahteraan hidup kita … yang heran kita jer yang kerap mana lagi 5 beradik? Bila balik kampung menyusahkan mak bapak nak siapkan makan minum kita dan jaga 3-4 orang anak kita … redha la sangat kan. Yang pasti setiap kali balik kampung kopak beberapa ratus, setengah bulan dah sengkek, sejahtera la sangat kan.

4. Takpalah pergi bercuti .. sekali sekala jer pun .. nak hadiahkan diri sendiri setelah penat bekerja … nak juga rehat dan hilangkan stress .. tapi yang herannya bila balik cuti lebih letih dan stress terutama bila tengok baki simpanan menyusut giler ( itupun kalau ada simpanan) .. lepas tu kena kerja 2 atau tiga kali kebih keras nak tampung gaya hidup bercuti kita.

5. Penat tu belajar bertahun-tahun, dapat kerja apa lagi beli la kereta atau motor dengan hutang paling mahal yang dia boleh beli .. masa nie la nak tayang kat orang lain yang dia kononnya dah berjaya dan dapat kerja hebat .. realitinya bak kata tawkey yap “ini serupa bikin itu wayang gambar keluar wang sendiri kasi lain orang tengok free .. maintenance atau rosak sendiri jugak bayar .. dua kali bodo”.

6. Kahwin cuma sekali seumur hidup .. buat la “wedding of the year” .. pergi la berhutang sana sini sebab nak buat majlis perkahwinan yang paling gah dan “:grand” .. realitinya statistik menunjukkan 156 pasangan Islam bercerai setiap hari. Yang pasti hutang tersebut akan ditanggung biarpun setelah bercerai.

7. Bila beli rumah untuk tinggal sendiri, beli yang paling mahal yang boleh dibeli , takpalah sebab nak tinggal kat situ sampai bila-bila , dia lupa bila anak semakin membesar , bertukar tempat kerja , perubahan persekitaran yang tidak kondusif , semua ini memungkinkan untuk berpindah rumah .. apa nak buat? Nak jual rumah sayang plak .. dah reno gila-gila .. tapi yang pasti beban ansuran bulanan ditanggung sendiri.

8. Dengar cakap orang lain .. mesti kaum keluarga dan sahabat handai nak yang terbaik untuk kita kan .. sebab tu mereka bagi cadangan itu dan ini .. yer la semua tu untuk kebaikan kita kan , mungkin ya , mungkin tidak tapi yang pasti setiap bulan sendiri yang tanggung beban ansuran bulanan hutang bukan mereka tapi diri kita.

9. Takpalah … dia ada jugak bantu orang melayu jadi usahawan jutawan .. biarpun dah kena kencing ribuan , belasan dan puluhan ribu masuk skim , seminar dan program hamlau .. yang dapat jadi jutawan sorang dua .,. yang menanggung hutang ribuan orang , ini logik Melayu .. bangsa lain takda logik ini .. Melayu jer yang ada .. Redho jer laa kan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...