87 Pelajar Orang Asli Cemerlang Diberi Keistimewaan Laluan Khas Dan Pembiayaan Penuh MARA

Berita

87 Pelajar Orang Asli Cemerlang Diberi Keistimewaan Laluan Khas Dan Pembiayaan Penuh MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menyediakan laluan khas dengan pembiayaan penuh kepada 87 pelajar Orang Asli yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelajar yang memperoleh 5A ke atas akan ditawarkan laluan khas ke Kolej Profesional MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Institut Kemahiran MARA, UPTM dan UniKL.

Advertisement

Bagi pelajar-pelajar yang mendapat 9A pula akan ditawarkan untuk ke universiti-universiti terkemuka dalam bahkan ke luar negara di bawah program Young Talent Development (YTP).

Menurut Asyraf Wajdi, MARA turut merancang untuk mengadakan satu program khas bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli bagi menghimpunkan kesemua 87 pelajar berkenaan.

Katanya, program itu bertujuan memberi pendedahan dan maklumat berkaitan peluang pendidikan lebih tinggi mengikut minat serta potensi masing-masing.

“Mudah-mudahan dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi kelak dapat dimanfaatkan untuk mereka kembali menyumbang kepada kebangunan masyarakat Orang Asli,” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

9 hours ago

Mulut Lantang, Saman Datang? Penyokong Dakwa FAM Kemuka Saman RM5 Juta Gara-Gara Kritikan Di Media Sosial

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...