82 Maut Akibat Wuhan #Coronavirus Setakat Ini, Apa Yang Anda Perlu Tahu

Trending

82 Maut Akibat Wuhan #Coronavirus Setakat Ini, Apa Yang Anda Perlu Tahu

Jumlah Kematian Meningkat

82 maut akibat jangkitan dan lebih dari 2,700 kes telah disahkan di Tanah Besar China, manakala coronavirus Wuhan terus ersebar ke serata Asia dan seluruh dunia. Kini kematian pertama di bandar Beijing telah berlaku.

China ditutup

Hampir 60 juta penduduk telah terkait dengan penutupan sebahagian atau kesuluruhan bandar-bandar di China setelah kerajaan China mempertingkatkan responsnya.

Advertisement

Penyebaran secara global

Terdapat lebih dari 50 kes telah disahkan di 13 tempat di luar China, termasuk sekurang-kurangnya lima di Amerika Syarikat.

Merebak sebelum menunjukkan simptom

Orang yang dijangkiti boleh menyebarknan virus sevelum simptom muncul, kata Menteri Kesihatan China pada Ahad, menyebabkan sukar untuk menghentikan wabak.

70,000 pawagam China ditutup

Walaupun sedang dalam sambutan perayaan Tahun Baru Cina, lebih 70,000 buah pawagam di seluruh China sudah ditutup untk mengekang penyebaran coronavirus.

Lima juta tinggalkan Wuhan sebelum wilayah Hubei ditutup

Untuk makluman, sebelum Hubei dan Wuhan ditutup untuk mengekang penyebaran coronavirus, lima juta rakyatnya sempat keluar untuk melancong dan melawat negara lain bersempena tahun baru cina.

Kerajaan Malaysia henti kemudahan imigresen pelancong China dari Wuhan dan Huabei

Kerajaan Malaysia memutuskan menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan, e-visa dan visa manual kepada rakyat China dari Wuhan, Wilayah Hubei dan kelilingnya.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia berkuatkuasa serta merta selepas selepas mengambil kira perkembangan terkini wabak koronavirus baharu di China, khususnya di Wilayah Hubei itu.

Menurutnya, kemudahan imigresen ini akan diberikan semula selepas keadaan kembali normal.

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...