81% Rakyat Malaysia Guna BNPL Untuk Keperluan Asas, Bantu Tangani Kecemasan & Urus Aliran Tunai

Gaya Hidup

81% Rakyat Malaysia Guna BNPL Untuk Keperluan Asas, Bantu Tangani Kecemasan & Urus Aliran Tunai

Satu tinjauan terbaru oleh perkhidmatan beli sekarang, bayar kemudian (BNPL) Shopee, SPayLater, ia menunjukkan bahawa 81% daripada 40,000 rakyat Malaysia menggunakan BNPL untuk menguruskan kejutan kewangan, terutamanya keperluan asas seperti susu formula bayi, kos perubatan, pembaikan dan insurans.

Menurut The Edge Malaysia, tinjauan itu menunjukkan ramai rakyat Malaysia menggunakan BNPL bukan untuk pembelian mewah, tetapi 57 peratus menggunakan BNPL untuk memastikan aliran tunai mereka stabil, 46 peratus menganggapnya sebagai ‘bantuan sementara’ sehingga gaji masuk dan 32 peratus lagi pula menjadikan SPayLater sebagai alternatif untuk menampung perbelanjaan kecemasan.

Advertisement
wanita shopping online

gambar hiasan

Beli barang keperluan guna BNPL

Penemuan tersebut juga mendedahkan satu trend yang membimbangkan di mana ramai rakyat Malaysia yang terpaksa bergantung pada kredit untuk membeli keperluan harian.

59 peratus mengakui mereka memerlukan kredit hanya untuk membeli barang keperluan asas dan 55 peratus pula tidak mempunyai akses kepada mana-mana bentuk kredit lain selain BNPL.

Ramai pengguna juga mahu SPayLater diterima di lebih banyak tempat, terutama untuk perkhidmatan perubatan, barangan runcit dan keperluan rumah.

Tidak lagi perlu pajak gadai atau pinjam daripada rakan

Menariknya, ramai pengguna SPayLater mengakui bahawa sejak menggunakan perkhidmatan ini, mereka tidak lagi perlu bergantung pada pinjaman tidak formal seperti pajak gadai, pinjaman along, atau meminjam daripada rakan.

Sebanyak 95 peratus pengguna berpendapat bahawa BNPL ini membantu mereka menguruskan hutang dengan lebih baik, namun 2 peratus mengakui berasa gelisah kerana terpaksa bergantung pada kredit jangka pendek untuk keperluan asas.

suami isteri membeli belah

gambar hiasan

Kebimbangan terhadap kerentanan kewangan lebih jelas apabila 12 peratus berkata bank tidak memenuhi keperluan kredit mereka dan 18 peratus sama ada tidak mempunyai akaun bank atau memilih untuk tidak menggunakan bank.

Satu tinjauan berasingan oleh pasukan tugas Lembaga Pengawasan Kredit Pengguna (CCOB) (dijalankan pada Ogos hingga September 2024) mendapati 73 peratus pengguna BNPL di Malaysia adalah golongan berpendapatan rendah (mendapatkan kurang RM5,000 sebulan) dan tiada akses kepada pilihan pembiayaan peribadi lain. Tinjauan ini melibatkan 21,070 pengguna BNPL aktif.

Sehingga akhir 2024, terdapat 5.1 juta pengguna BNPL aktif, iaitu yang membuat sekurang-kurangnya satu transaksi dalam setahun lalu. BNPL hanya menyumbang 0.2 peratus daripada jumlah hutang isi rumah. Jumlah tertunggak dan pelanggan lewat bayar telah menurun daripada paras tertinggi 6 peratus dan 5.8 peratus kepada 2.9 peratus dan 3.4 peratus masing-masing.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

70,000 Penjawat Awam Didakwa Buat Pinjaman Peribadi Untuk Sambut Hari Raya
2 months ago

70,000 Penjawat Awam Didakwa Buat Pinjaman Peribadi Untuk Sambut Hari Raya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...