Sedia maklum, pempengaruh popular yang juga merupakan seorang usahawan berjaya, Khairul Aming membuat pelancaran produk barunya selepas Sambal Nyet iaitu Daging Dendeng Nyet Berapi pada hari ini.
Sold out dalam masa 3 minit!
Seakan-akan tidak percaya dengan situasi yang berlaku, Khairul Aming tergamam apabila 80,000 paket Daging Dendeng Nyet Berapi berjaya dijual habis dalam masa tiga minit sahaja.
Lebih 200,000 orang beratur
Bukan itu saja, malah live TikTok untuk jualan produk barunya itu turut disertai lebih daripada 200,000 orang.
Kesemua itu difahamkan mahu membeli Daging Dendeng Nyet Berapi keluaran syarikat Khairul Aming.
Sekadar info, proses pengeluaran Daging Dendeng Nyet Berapi ini dikatakan memakan masa setahun, sebelum KA yakin menjualnya pada orang ramai.