800 Gelandangan Ditawarkan Kerja Usai Perintah Kawalan Pergerakan

Kehidupan

800 Gelandangan Ditawarkan Kerja Usai Perintah Kawalan Pergerakan

Disebabkan oleh pandemik COVID-19, boleh dikatakan semua kehidupan rakyat Malaysia terjejas dan berubah daripada normal. Kepada yang berkemampuan, mungkin mereka selamat berada di rumah meskipun di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi hal yang lain pula apabila ia melibatkan golongan gelandangan yang hanya berbumbungkan langit.

Disebabkan itu, gelandangan di sekitar ibu kota telah ditempatkan di tempat-tempat khusus bagi mengelakkan mereka daripada terdedah dengan bahaya wabak tersebut jika terus berkeliaran di luar tanpa sebarang perlindungan.

Advertisement

gelandangan diberi kerja

Bukan itu sahaja, malahan Tan Sri Annuar Musa menyatakan bahawa 800 daripada mereka akan menerima latihan dan kursus pendek pada 1 Mei nanti bagi menyediakan mereka mencari pekerjaan. Inisiatif ini dilaksanakan sebagai usaha untuk mengurangkan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

Malahan terdapat beberapa syarikat yang menyokong hasrat murni ini dan akan berjabat tangan dengan kementerian bertanggungjawab dalam merealisasikan cadangan tersebut.

Kita akan menyediakan peluang pekerjaan iaitu antara 500 ke 700 termasuk bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang tertentu di Lembah Klang.

Mereka juga menjadi sebahagian daripada tenaga kerja bergaji harian yang akan dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Untuk pusingan pertama inisiatif ini nanti, semua yang dipilih untuk menyertainya akan diberikan tempat tinggal sama ada ditempatkan di asrama milik DBKL atau syarikat yang akan menggajikan mereka.

gelandangan diberi kerja

Mereka yang terpilih akan diberi pilihan untuk bekerja di kilang pembuatan sebagai operator pengeluaran dengan gaji permulaan RM1,400 seorang berserta elaun. Atau pun bekerja secara harian di bawah pengendalian DBKL sebagai pekerja am yang menawarkan pendapatan tidak kurang RM1,200 sebulan.

Apa yang kita akan lakukan ialah mereka ini akan menjalani latihan untuk membolehkan kita membuat saringan apakah mereka sesuai untuk bekerja sebagai operator pengeluaran atau pekerja am DBKL.

Semoga usaha ini dapat membela nasib golongan gelandangan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...