8 Tips Ini Perlu Tahu Sebelum Nak Beli Kereta Baru, Jangan Tersalah Langkah!

Trending

8 Tips Ini Perlu Tahu Sebelum Nak Beli Kereta Baru, Jangan Tersalah Langkah!

Sekarang ini makin banyak pelbagai jenama kereta baru yang dah keluar. Admin mengakui adakalanya sampai pening kepala nak pilih kereta yang mana satu yang sesuai dengan keperluan diri kita. Ramai di antara kita sudah membuat kira-kira untuk membeli kereta baharu, jika dilihat dengan apa yang ditawarkan oleh sesebuah kereta tersebut.

Advertisement

Persediaan awal, atau pengetahuan awal tentang sesebuah kereta perlu di ambil kira, mana tidaknya, kereta juga merupakan salah satu pelaburan jangka masa yang panjang, dan jika anda ingin menukar kereta setiap lima tahun, ianya juga tidak mustahil.

Namun ada beberapa langkah persediaan penting yang perlu kita ambil tahu sebelum nak membeli kereta. 8 ini langkah yang dikongsikan olehPractical Motoring untuk dijadikan panduan sebelum membeli kereta.

IKUTI 8 LANGKAH BERGUNA INI UNTUK MEMBELI KERETA BAHARU.

Membeli kereta baharu adalah masa yang dinantikan, tetapi bagi yang tidak bersedia, kesulitan mungkin dihadapi. Jadi, untuk membantu anda, kami sediakan panduan yang mudah ini.

1. Tahu hak anda.

Membeli melalui seorang jurujual yang diiktiraf, anda dapat mengetahui perlindungan apakah yang ada, dan tidak jika anda membeli sesebuah kereta. Namun begitu, jika anda sudah membuat pilihan, tetapi ingin menukarnya kembali, anda perlu mengikut peraturan yang tertentu dan ia mungkin akan menyebabkan anda mengeluarkan sejumlah wang yang lebih, jadi anda haruslah tahu hak anda terlebih dahulu.

2. Pandu Uji

Sungguh mengagumkan jika ada yang membeli kereta tanpa memandu uji kereta tersebut terlebih dahulu. Tetapi, masing-masing mempunyai cara tersendiri. Namun begitu, walaupun anda sudah membuat ‘review’, membaca ‘flyers’ dan mendengar maklumat dari jurujual, sebaiknya anda perlulah memandu uji kereta itu sendiri. Anda boleh lihat sendiri saiz kereta, tempat simpanan barang, dan juga minyak yang diperlukan.

3. Servis

Bertanyalah mengenai kos yang akan dikenakan bagi sesebuah kereta, untuk tempoh sepanjang pemilikan kereta tersebut. Ketahui jua, waranti yang ada, dan sebab-sebab sesuatu waranti itu tidak boleh diguna pakai. Terdapat juga di mana, sesebuah pengeluar yang menawarkan servis percuma selama tiga tahun, atau mengikut kilometer. Tetapi harus diingat, selagi servis itu dilakukan mengikut apa yang tertulis di dalam buku servis, dan menggunakan alat ganti yang tulen, tidak mengapa jika dikenakan bayaran tertentu.

4. Bajet
Amat mudah untuk terbawa-bawa apabila membeli sebuah kereta baharu, jadi tentukan sendiri bajet anda. Jangan terpengaruh dengan “ia hanya akan tambah beberapa ringgit sahaja untuk bayaran bulanan”. Anda harus uruskan sendiri perbelanjaan anda, dan bukan jurujual yang tawarkan perjanjian kewangan kepada anda.

Ambil kira semua kos pemilikan, bukan sahaja harga pembelian (atau pembayaran balik bulanan). Kalau boleh, jangan terikat dengan pakej perlindungan yang tidak berapa penting, seperti cat, pembaikan karat mahupun apa sahaja, jika anda perlukan juga, anda boleh membuatnya sendiri.

5. Pilih Hari Pembelian

Jurujual akan sentiasa terbuka untuk tawar-menawar, jadi gunakan peluang ini sebaik mungkin, pastikan anda dapat yang terbaik. Pastikan anda membeli kereta pada awal bulan, dan pada hari-hari tertentu, kerana, selalunya akan terdapat potongan harga yang tinggi, seperti, pada musim perayaan. Tetapi berhati-hati dengan tawaran tahun baru, kerana, harga untuk ‘resale’ akan mengikut tahun pembuatan.

6. ‘Survey’

Pastikan anda membuat ‘survey’ dengan setiap pengeluar yang ada, anda boleh ke ‘dealer’ atau pun anda juga boleh membuat secara atas talian, dengan melihat tawaran yang ada.

7. Trade-in

Trade-in juga boleh dijadikan sebagai salah satu proses jual beli, pastikan anda tahu nilai sebenar dalam membuat ‘trade-in’ ini. Jika anda membuat trade in dengan kedai, dan tidak mendapat harga yang berpatutan, anda boleh mempertimbangkan untuk menjual secara persendirian.

8. Insuran, dan Penghantaran

Jika anda berniat agar kereta anda dihantar ke rumah, pastikan anda telah membuat insuran terlebih dahulu untuk kereta tersebut, ini kerana kita tidak tahu, sama ada kereta itu selamat tiba atau tidak. jika sesuatu terjadi, semasa dalam penghantaran masih ada insuran yang mampu untuk digunakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...