8 Tips Bisnes Dan Rahsia Kejayaan Dari Vivy Yusof, Pengasas Fashion Valet

Trending

8 Tips Bisnes Dan Rahsia Kejayaan Dari Vivy Yusof, Pengasas Fashion Valet

Vivy Sofinas Yusof atau Vivy Yusof merupakan antara 60 wanita inspirasi Nona pada tahun lalu. Memulakan bisnes seawal usia 23 tahun, Vivy kini berjaya membawa fashion hijab ke serata dunia dan berjaya membangunkan Fashion Valet sehingga mencapai RM 10 juta.

Advertisement

Vivy telah memulakan asas perniagaannya hanya dengan ‘e-commerce’ sehingga kini beliau telah mempunyai tiga cawangan bagi Fashion Valet.

Vivy merupakan orang yang sering berkerja keras dalam mengembangkan Fashion Valet dan seorang bos yang mudah mendekati pekerja dan disenangi oleh pekerja-pekerjanya.

Merupakan seorang yang tidak pernah sesekali mengalah dalam membina sebuah empayar perniagaannya sendiri.

Bagi Vivy, latar belakang pendidikan bukan menjadi penghalang beliau dalam menjadikan perniagaan hijab sebagai perniagaan beliau.

Vivy menjadikan pengalaman hidup beliau sewaktu menuntut di United Kingdom sebagai sumber inspirasi membina sebuah empayar berkaitan fasyen. Vivy, turut mendapat sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan suami tercinta.

Nak tahu lebih lanjut rahsia dan tips kejayaan dalam bisnes dari Vivy?

Jom lihat di bawah:

#1 Tahu tentang produk dan industri yang diceburi

Apakah yang anda nak jual? Anda perlu lakukan research ke atas produk anda sendiri, produk pesaing-pesaing anda, dan jalankan penyelidikan industri secara keseluruhan.

Contohnya kalau anda nak jual baju, anda kena tahu syarikat pakaian mana yang profitable, macam mana mereka boleh buat duit, apa kaedah yang mereka terapkan, apa teknik yang mereka gunakan, dan macam-macam lagi.

#2 Kenal pelanggan atau target market

Sebelum saya mulakan FashionValet, saya memang tak tahu tentang perkara ini.

Saya sangkakan FashionValet adalah untuk semua orang, tapi saya salah. Anda perlu mempunyai fokus atau tumpuan khusus kepada jenis pelanggan.

Contohnya kalau pasaran anda untuk golongan yang lebih tua, produk yang dijual tak boleh sama dengan produk yang disasarkan kepada golongan muda.

Selain itu, ciri-ciri demografik juga penting.

Anda kena tahu pelanggan anda di KL mungkin gaya mereka berbeza dengan pelanggan anda di Johor Bahru. Lain tempat lain caranya.

#3 Cari partner yang sesuai dan betul-betul ‘ngam’

Saya percaya bahawa tiada insan yang sempurna.

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan diri. Macam saya sendiri, saya tak pandai dari segi kewangan, dan dari segi organisasi.

Saya bersyukur ditemukan dengan suami saya kerana kami berdua saling melengkapi antara satu sama lain dalam menguruskan FashionValet. Sebab itulah partner yang sesuai memang benar-benar penting.

#4 Bentuk pasukan yang hebat

Bukan senang nak membentuk satu pasukan yang dinamik.

Sepanjang 5-6 tahun berniaga, ramai orang datang dan pergi. Kami mengambil masa yang lama untuk mencari orang yang sempurna dan ia sangat sukar.

Selepas membentuk pasukan, anda perlu melatih pasukan anda dan jadikan mereka leaders.

Kalau dulu, saya sangat hands on dan perlu membuat semua keputusan.

Tapi sekarang, saya dah ada a few leaders dalam setiap pasukan yang membantu saya setiap hari dalam menentukan hala tuju syarikat. Dari sini, karier mereka juga akan berkembang.

#5 Bijak mengurus masa

Saya seorang ibu, saya ada dua orang anak yang perlukan perhatian saya setiap hari, dan saya juga berniaga pada masa yang sama.

Tanggungjawab yang saya pikul ini benar-benar memakan masa yang banyak.

Jadi, saya perlu betul-betul membahagikan masa diantara kerja dan keluarga. Tidak ada lagi istilah ‘buang masa’ dalam hidup saya.

Setiap jam mesti dipenuhi dengan pelbagai urusan. Pada saya, hidup yang begitu sibuk sebegini adalah lebih produktif. Sebab kalau anda ada banyak masa, mungkin masa itu akan disia-siakan begitu saja.

#6 Delegasi dan komunikasi

Anda perlu sedar, seberapa banyak yang anda rasa anda mampu lakukan segala-galanya, sebenarnya anda tidak boleh. Kita hanyalah manusia biasa dan bukan Superman.

Sebab itulah saya sangat pentingkan kerja berpasukan.

Delegasikan atau bahagikan kerja-kerja kepada leaders dan para pekerja anda agar segalanya berjalan lancar, teratur, dan cepat.

Tapi apa yang lebih penting ialah komunikasi.

Anda perlu berkomunikasi dengan pekerja anda tentang masalah yang timbul dan bincangkan cara atau jalan penyelesaian, anda juga perlu follow up, dan paling penting anda mesti kena turun padang, tak kiralah sama ada ke pejabat ataupun ke events.

#7 Perkasakan media sosial

FashionValet menggunakan pendekatan yang agak agresif di media sosial terutamanya di Facebook dan Instagram. Saya percaya media sosial kena kuat sebab sekarang semua orang pun ada media sosial sendiri.

Produk atau jenama anda perlu sentiasa relevan dan up-to-date, tidak kiralah jenis perniagaan apa pun yang anda ceburi.

Cuba maksimumkan penggunaan media sosial sebaik mungkin dan ambil kesempatan melaluinya. Media sosial memang sangat penting untuk menjadikan jenama anda lebih dikenali ramai.

#8 Sentiasa percaya pada Tuhan

Allah adalah Perancang segala-galanya.

Kalau Dia kata ia akan berlaku, maka berlakulah ia. Rezeki itu di tangan Tuhan dan Dia telah menentukan rezeki bagi setiap makhluk di muka bumi ini.

Sepayah mana pun liku hidup anda, Tuhan boleh mengubahnya dalam sekelip mata. Dan semewah mana pun hidup anda, Tuhan boleh menarik segalanya dalam sekelip mata.

Saya percaya bahawa Tuhan sentiasa menyokong di belakang saya dan saya tidak takut.

Oleh itu, percayalah pada-Nya, beribadahlah kepada-Nya setiap hari, dan segala-galanya akan dipermudahkan insyaAllah. Kalau kita dekatkan diri dengan Tuhan, mustahil Tuhan akan jauh dengan kita. Percayalah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...