Impian pelawak Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya untuk menjadi ibu dan bapa akhirnya dimakbulkan apabila mereka sepakat untuk mengambil seorang anak angkat perempuan pada 22 Mei lalu.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Achey menerusi akaun Instagramnya. Beliau meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga dengan kehadiran bayi yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah yang melengkapi keluarganya kini.
Achey meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan mereka bertiga dan supaya Nur Tiara menjadi anak yang solehah.
Tahniah kami ucapkan kepada Achey dan isteri, tentunya hari raya Aidilfitri kali ini paling bermakna buat mereka dengan kehadiran orang baru yang pasti akan menceriakan lagi keluarga kecil mereka.

kak piah
June 20, 2018 at 9:31 am
tahniah achey & isteri.. dapatkan pil hormon utk susukan baby tu dengan doktor supaya akn datang tiada masalah aurat anak dnagn makpak angkat
ichi
June 20, 2018 at 8:54 am
alhamdullilah…rezeki ko acheyyy
Kanji
June 14, 2018 at 11:24 pm
Alhamdulillah, rezeki achey dan isteri. Semoga jadi ibu bapa yang baik
Anonymous
June 14, 2018 at 11:32 am
Lepas dia ambil anak angkat ni nanti kompom dpt anak sendiri… jgn kurang beramal & bersedekah murah hati. Ikhlaskan hati dgn segala hal….
Aku bercakap berdasarkan pengalaman