Impian pelawak Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya untuk menjadi ibu dan bapa akhirnya dimakbulkan apabila mereka sepakat untuk mengambil seorang anak angkat perempuan pada 22 Mei lalu.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Achey menerusi akaun Instagramnya. Beliau meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga dengan kehadiran bayi yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah yang melengkapi keluarganya kini.
Achey meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan mereka bertiga dan supaya Nur Tiara menjadi anak yang solehah.
Tahniah kami ucapkan kepada Achey dan isteri, tentunya hari raya Aidilfitri kali ini paling bermakna buat mereka dengan kehadiran orang baru yang pasti akan menceriakan lagi keluarga kecil mereka.