8 Spot Larangan Merokok!

Trending

8 Spot Larangan Merokok!

Mulai 1 Januari 2019, Larangan merokok di premis makanan akan dikuatkuasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain premis makanan, warung di tepi jalan, restoran,  tempat awam dan bangunan kerajaan adalah kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk merokok.

Advertisement

1. Rumah Kedai 

Bagi premis makanan atau kedai makan yang terletak dalam rumah kedai, jarak 3 meter telah ditetapkan bermula dari kawasan sempadan premis hingga ke jarak 3 meter di setiap penjuru sisi dan ia termasuk ruang pejalan kaki dan kawasan tempat letak kereta.

1
 
2. Tempat Makan Terbuka

Jika restoran atau premis makanan menyediakan ruang makan terbuka jadi kawasan larangan merokok adalah meliputi kawasan terbuka tersebut. Boleh rujuk gambar rajah dibawah.

48396309-10155756787576237-1940019126827220992-n 3. Gerai Makan

Bagi gerai makan, Jarak 3 meter dikira dari gerai makan, kerusi dan meja yang disediakan.

48385881-10155756787706237-6330971537369202688-n

4. Food Truck 

Sama seperti kawasan-kawasan yang lain, kawasan food truck juga tidak terkecuali.

48976764-10155756787641237-1714844600067162112-n5. Restoran Atas Tanah Lot

Untuk restoran di atas tanah lot seluruh kawasan premis makanan atau restoran merupakan kawasan larangan merokok dan ini termasuk di dalam dan di luar restoran.

48427512-10155756787666237-2063300747105140736-n

6. Kedai Makan Dalam Sungai

kedai makan dalam sungai juga tidak terlepas dari diwartakan sebagai kawasan larangan merokok yang mana kedai atau premis makanan ini berkonsepkan perkelahan.

2

7. Kenderaan

Rasanya semua rakyat Malaysia sudah biasa dengan amaran larangan menghisap rokok di dalam kenderaan awam seperti KTM, ERL dan sebagainya. Bagi tempat makan di dalam kenderaan seperti kantin mahupun bot-bot cruise juga diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

48392548-10155756787616237-604135962485719040-n

8. Kedai Makan Atas Awan

Bagi yang menikmati makanan sambil melihat bangunan pencakar langit boleh kunjungi restoran yang menyedia pemandangan seperti ini. Kedai makan atas awan juga antara spot yang memang dilarang untuk merokok. Takut nanti tak sempat hisap rokok sudah hilang.

48403924-10155756787596237-5876357671518470144-n

Bagi mereka yang masih berdegil untuk terus menghisap rokok dikawasan-kawasan spot ini anda bakal dikenakan tindakan undang-undangan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.-amazingnara.com

SUMBER INFOGRAFIK: Kementerian Kesihatan Malaysia 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...