8 Sebab Ini Punca Permohonan Pinjaman Bank Ditolak, Kena Semak Sebelum Terlambat

Trending

8 Sebab Ini Punca Permohonan Pinjaman Bank Ditolak, Kena Semak Sebelum Terlambat

Pernah tak kita tengok betapa susahnya nak tunggu “loan approved”? Ada je tak kena kan? Kadangkala rasa stress pun ada dah submit tapi tak jugak lepas-lepas.

Advertisement

Mungkin ada antara kita kadangkala ambil lewa apa yang perlu diperhatikan atau disediakan sebelum menghantar sebarang permohonan pinjaman.

Seorang banker bernama Bella Leana telah berkongsi apa yang perlu “standby” sebelum membeli rumah di laman facebook beliau, jom ikuti perkongsian menarik ini..

“Things to Consider” sebelum beli rumah

1. Cek kelayakan loan & bayaran bulanan

Ini penting, beriya carik rumah at last loan tak lepas.. Nanti korang hanya mampu ber”huhu” je..

2. CCRIS cun atau tak cun

Pergi kiosk BNM or emel them untuk dapatkan ccris korang.. Kalau ada yang TERcacat cela tu, sila lah make up kasi cun..

3. Kos2 berkaitan sebelum dapat kunci &/selepas dapat kunci

Survey sikit kos2 berkaitan untuk harga rumah sekian2.. Atleast nanti bila semua nya dah selesai, takde lah terkejut sangat dengan total kos yang terlibat

4. Mula menyimpan

Ok, katalah korang dah survey berapa kelayakan korang dan berapa bayaran bulanan korang, so mula lah menyimpan secara kosisten.. Anggap lah korang “berlatih” untuk bayar instalmen korang nanti.. Tanamkan habit tu supaya nanti bila dah start bayar instalmen takde lah korang terasa sangat

5. Buat research

Ni bukan suruh korang buat research untuk exam, ni suruh korang buat sikit reseaech tentang kawasan yang korang ushar dalam diam untuk beli rumah tu.. Tengok neighborhood area, facility yang ada, termasuklah current market value kat sana serta etc etc etc

6. Tujuan beli rumah

Kene tahu korang beli rumah tu untuk sewakan atau untuk duduk.. Kalau masih samar2 dengan tujuan, buat 2 survey/reserach tentang pro n cons sewa or duduk

7. Hapuskan hutang2 kecil

Kalau sebelum ni korang pengguna tegar Credit Card (CC) sampai full limit korang sesah, cube perbaiki dan kalau boleh langsaikan, lagi cun.. Kalau ada Personal Loan (PL) yang dah tinggal sikit tu, kalau boleh cube setelkan.. Tengok balik jenis hutang dan minimize kan pemakaian CC

8. Make up bank statement

Kalau sebelum ni korang sesah kasi habis bank duit gaji korang, kali ni sebab nak beli rumah korang make up kasi cun korang punya bank statement.. Make sure lagi 15hari nak gaji ada “sufficient” balance atau pun biar lah logik sikit balance dia.. Jangan biarkan bank statement korang tu tinggal RM11.74 dalam akaun sedangkan hari gaji berbaki lagi 15 hari

Bella bagi 8 perkara yang korang kene consider.. Ada banyak lagi yang korang boleh tambah.. Kalau korang rasa nota ni membantu, sila lah mencuba dengan gigih.. Kalau tak membantu, biarkan ia berlalu seperti angin lalu.. Ehh??

Terima kasih sebab baca sampai habis..

Love,
Bella Leana
Banker Pilihan Anda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...