8 Sebab Ini Kenapa Rakyat Amerika Tergamak Pilih Donald Trump Sebagai Presiden US

Trending

8 Sebab Ini Kenapa Rakyat Amerika Tergamak Pilih Donald Trump Sebagai Presiden US

Aku bangun pagi, hampir semua group WhatsApp sembang tentang Trump menang menjadi Presiden US. Haha, terhibur aku. Cerita harga minyak naik minggu lepas, luput dari ingatan.

Advertisement

Kawan office aku, John, berasal dari Tennessee, US, memang mengundi sejak zaman George Bush sehinggalah ke Barack Obama. Untuk orang yang buta politik seperti aku, saja gatal bertanya pada dia.

“Seronok tak, Trump menang?”

John geleng kepala, sebab dia sokong Hillary. Haha!

Seronok juga dengar apa yang dia cakap tentang negara sendiri, kenapa orang Amerika tergamak memilih Trump.

1. Golongan baby boomers, orang yang lahir selepas perang dunia adalah golongan paling ramai di US sekarang. Pro kulit putih, white supremacy. Dia rasa negara dia sudah ‘diambil’ oleh orang lain. Plot cerita dia sama seperti Brexit juga. Bila orang putih UK menyampah dengan imigran yang masuk melambak.

2. Orang Amerika biasa-biasa ini bukan semua ada skill, tidak kompetetif dalam mencari kerja. Kau kan tahu, orang Amerika bukan rajin sangat, kerja sikit tapi mahu gaji besar dan masih perasan dia bangsa hebat serta mendahului semua bangsa lain.

3. Jadi, apabila imigran datang, semua kerja beralih tangan. Imigran yang sanggup kerja susah tetapi otak lebih geliga.

4. Imigran yang masuk memberi jalan kepada banyak industri baru untuk wujud. Jika tiada mereka, industri boleh tutup. Silicon Valley contohnya, kerja orang-orang pandai. Orang ini ramai dari Asia, China, India. Orang Malaysia? Toksah cakaplah. Pandai dan beriman. Ramai saja orang Malaysia di US itu.

5. Lama kelamaan, orang US terasa tertinggal dalam negara sendiri. Mahu dikejar, tak larat. Skill tak cukup kuat, ilmu tidak setinggi mana tetapi masih nak sembang hebat.

6. Menurut John, tahun 80an-90an memang zaman yang paling gemilang. Lebih-lebih lagi orang kerja bank atau teknologi. Itu memang zaman US hebat. Michael Jackson dan Hollywood memang dahsyat.

7. Tetapi sekarang, Amerika sudah suam-suam kuku dan kalah dengan banyak negara. Kalau buang semua imigran, Silicon Valley dan pejabat Google pun boleh tutup sama. Oleh kerana itulah slogan ‘Making America Great Again’ buat orang US semangat membara.

8. Jadi, mereka pilih Trump sebab dia jenis sembang power walaupun buat belum tentu. Trump nampak berani walau cakap semua benda bikin kontroversi, anti muslim, rasis, sexist.

Jadi, rakyat mengharapkan ahli politik memajukan US semula. Tetapi US kena terima hakikat, kalau bangsa dia terlalu rasa selesa dengan kehebatan yang lampau, ada masanya akan turun. Kalau dia rasa masih hebat, superior, suka hidup bertongkat, kedaulatan bangsa kononnya, itu mungkin tidak kekal lama.

Sentap sikit, tetapi ada pengajaran untuk kita juga. Kena isi negara kita dengan orang otak pandai dan rajin bekerja. Kalau kosong, orang lain akan masuk. Dunia sekarang sangat terbuka. Zaman dulu kalau kau kerja di luar negara memang kira hebat. Tetapi sekarang itu sudah menjadi perkara biasa.

Bising macam mana pun, Trump sudah terpilih menjadi Presiden Amerika. Pandailah dia nak uruskan US, belum pun jadi apa-apa. Kalau esok kita tak dapat masuk negara dia, ada 194 lagi negara yang kita boleh pergi. Kalau dia banned Muslim, bagus juga. Beramai kita tukar ke Mekah atau Madinah.

Paling lama Trump akan memerintah pun cuma 8 tahun. Di Malaysia lagi hebat, boleh memerintah selagi ada orang pangkah. Aku angguk saja apa yang John cakap. Kalau John tipu, tertipulah kamu semua.

Janganlah kau risau sangat dengan Trump. Bangla banyak merata-rata ambil alih kerja kita, sampaikan jual nasi lemak dan karipap pun dia juga. Kita pungpang pun, minyak masak naik harga. Itu yang patut kau risau.

Kredit : Irwan Dahnil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...