Perkataan Jubah sebenarnya digunakan oleh rakyat Malaysia untuk menggantikan perkataan jilbab atau jilbaab. Secara mudah, jubah adalah kain panjang longgar yang dipakai oleh sesetengah muslimah. Pemakaian jubah adalah untuk memastikan aurat ditutup dengan sempurna seperti yang disyariatkan oleh Islam.
Kini dengan kemajuan fesyen, jubah moden boleh didapati di mana-mana sahaja dengan pelbagai rekaan namun masih menepati kehendak Islam (tutup badan kecuali tangan, muka dan bahagian kepala). Biasanya mereka yang memakai jubah akan turut sama mengenakan tudung yang bersesuaian untuk menyerlahkan lagi kejelitaan.
2014 hanya tinggal sebulan sahaja lagi. Di kesempatan ini Abang Nara ingin memperkenalkan 8 rekaan jubah yang wajib anda miliki. Bolehlah bergaya di tahun baru 2015 kelak.
1.The silver lycra jubah menampilkan warna biru di bahagian bawah yang menyerlahkan lagi rekaannya. Siap ada bentuk bunga-bunga lagi di bahagian pinggang. Turut disertakan ialah penutup kepala berwarna biru. Senang cerita semuanya serba biru.
2. Light Purple Mix Color Chiffon Jubah.  Bahagian istimewa jubah ini adalah jahitan berwarna coklat lembut di bahagian bahu. Turut didatangkan dengan tali pinggang untuk dijadikan aksesori.
3: Mysterious Red Jubah. Keistimewaan jubah merah ini adalah rekaan ‘lace’ pada lengan dan bahagian bawahnya yang pastinya membuatkan para muslimah jatuh cinta dengannya.
4: Konsep klasik dengan warna biru gelap dan juga rekaan lengan berwarna hijau menyerlahkan lagi kejelitaan si pemakai.  Jubah ini datang dengan tali pinggang yang membuatkan ia kelihatan lebih elegan.
5. Rekaan terkini ini diberi nama Three Tone Collar Jubah. Jubah ini sepadan dengan warna merah, krim dan juga grey. Ia sangat sesuai untuk dipakai ketika berjalan-jalan pada hujung minggu.
6: Simple Black Jubbah yang boleh digunakan untuk mana-mana event. Turut didatangkan dengan waist band.
7: The Embroidery Elegant Jubah. Jubah penuh elegan ini dilengkapi dengan reka bentuk mutiara di bahagian lengan. Ia pasti akan membuatkan anda rasa lebih wanita. Yang pasti, banyak mata akan tertumpu kepada anda apabila memakainya untuk apa jua aktiviti.
8: Dark blue plain chiffon jubbah. Jubah ini lengkap dengan lapisan sutera dan reka bentuk teliti dengan butang di bahagian hadapannya. Paling sesuai dipakai pada hari Jumaat ketika pergi kerja.
Hadiahkan diri anda dengan sehelai jubah penuh elegan sempena hujung tahun 2014 ini. Bolehlah pakai untuk aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan tercinta. Harganya amat berpatutan dengan kualiti yang amat tinggi. Dapatkannya sekarang hanya di Malaysia Trusted Online Shopping www.nile.com.my.