8 Langkah Bagaimana Mendisiplinkan Anak Tidur Di Bilik Sendiri

Trending

8 Langkah Bagaimana Mendisiplinkan Anak Tidur Di Bilik Sendiri

Tidur bersama baby memberikan banyak manfaat kepada baby dan ibu. Good bonding untuk baby-mommy. Baby rasa lebih selamat dan lebih sihat dari sudut emosinya.

Advertisement

Sampai masa anak kecil itu perlu tidur ditempatnya sendiri. Sampai masanya dia perlu diasuh untuk jadi berani dan confident.

Namun dia terlalu ingin melekat ditilam parents. Parents juga rasa kesian ingin tinggalkan dia sendirian di biliknya. Ikuti perkongsian dari Baizura Yaso bagaimana beliau mendisiplinkan anak-anaknya untuk tidur di bilik sendiri.

1) Kerajinan dan disiplin parents. Yang pertama dan paling utama adalah kerajinan parents ni. Rajin teman anak makan, rajin teman anak main, rajin tidurkan anak dsb. Kemudian disiplin diri.

2) Mula disiplinkan anak seawal mungkin untuk semua urusan yang memerlukan aturan masa seperti makan, tidur, main dan mandi.

3) Makan. Anak yang sudah boleh makan pastikan makan mengikut waktunya. Waktu makan semua perlu makan. Makan sama-sama. Makan satu dulang boleh mengeratkan ukhuwah mereka dan mengurangkan basuhan pinggan. Untuk disiplinkan makan, jika tidak makan waktu makan, no food after waktu makan habis.

4) Dinner. Dinner yang mengenyangkan amat membantu anak untuk tidur lena di waktu malam. Make sure mereka makan malam dan minum cukup air atau susu. No chocolate drink. No sweet or sugar.

5) Bermain. Bermain secara fizikal, bukan permainan di screen. Bermain adalah tanggungjawab kanak-kanak untuk membantu tumbesaran sihat mereka. Koata bermain yang cukup amat membantu untuk tidur yang nyenyak dan optimum. Tidur yang cukup pula membantu untuk perkembangan otak yang sihat. Oleh itu jangan kita sekat keperluan mereka untuk bermain. Jika risau keselamatan, rajinlah kiranya untuk kita menemani mereka bermain.

6) Untuk tidur yang nyenyak, perlukan keadaan yang selesa. Badan, emosi dan dan bilik yang selesa. Mandi dan pakai baju yang selesa. Bilik yang tidak panas dan tilam yang tidak serabut. Dan emosi yang stabil. Jika tidak selesa mereka akan terbangun dan cari parents.

7) Emosi. Anak yang tidur dalam keadaan menangis atau marah atau sedih atau takut akan mudah mengigau atau tersedar waktu malam. Setkan mood tidur sebaiknya. Nak anak tidur dalam biliknya maka parent perlu tidurkan anak. Bacakan buku cerita atau bercerita.

Cerita yang ada moral value. Nasihat kepada anak adalah terbaik waktu bagini. Boleh ulang hafazan. Baca doa sama-sama dan tidur. Kadang-kadang tertidur di bilik anak je kita. Tidak mengapa, latihan untuk kita juga.

Yang ada baby kecil dan anak besar, pandai-pandailah suami isteri agihkan tugas ikut kesesuaian.
Keadaan bilik selesa, anak selesa, makan dah kenyang, main dah cukup letih. InsyaAllah tidurlah mereka sampai ke pagi.

8) Bagi anak yang dah besar 4 tahun sudah boleh disiplinkan waktu bangun tidur. Waktu bangun perlu bangun. Nak tidur lagi tengahari kita sambung lagi. Tidur sejam atau dua. Waktu tidur antara 12 tghr hingga 3 petang.

Tidak boleh tidur lebih dari dua jam jika tidak, siap la tak tidur malam on time pula. Untuk anak empat tahun ke atas ni koata tidur perlu optimum saja. Terkurang tidur boleh jadi cranky, terlebih tidur siang, malam pula segar mata.

Kanak-kanak 1 – 4 tahun perlu tidur 12 jam sehari. Waktu tidur 8-10 jam sehari adalah optimum untuk umur lebih empat tahun.

By the way parents….

Nak disiplinkan anak, kita dulu yang kena disiplin. Nak disiplinkan anak kita dulu yang perlu paling rajin. Dan kerana kedua-dua tuntutan ini menyebabkan acap kali kita kecundang. Tapi tidak mengapa, kita cuba lagi sepertimana anak-anak kita tidak jemu mencuba.

Selain tidur ada berbagai perkara lagi yang memerlukan disiplin untuk membesarkan mereka. Secara tak langsung kita sedang mendisiplinkan diri kita. Untuk mendisiplinkan, tidak hanya dengan menyuruh, tapi mendemonstrasikan. Betul tak?

Mendemonstrasikan pula agak mencabar bagi yang tidak cukup masa untuk memberikan perhatian kepada setiap satunya. Perlukan kerjasama ibu dan ayah.

Semoga dipermudahkan. Setiap yang kita hajati walau sekecil apa pun, kita minta pada Allah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...