8 Komen Negatif Di Media Sosial Mengenai Baginda & JDT, TMJ Jawab Dengan 8 Jawapan “Menarik”

Trending

8 Komen Negatif Di Media Sosial Mengenai Baginda & JDT, TMJ Jawab Dengan 8 Jawapan “Menarik”

Screen Shot 2016-04-04 at 9.11.43 AM

Di laman Facebook Johor Southern Tiger, TMJ menjawab kepada 8 komen negatif yang dilemparkan kepada beliau dan juga pasukan bola sepak Johor.
Jawapan tersebut ditulis menerusi satu posting yang bertajuk “8 jawapan menarik dari DYAM TMJ apabila pasukan media kami memaklumkan kepadanya mengenai komen-komen negatif mengenai baginda atau JDT di media sosial.”

Advertisement

Antara soalan-soalan yang dijawab TMJ termasuklah JDT membeli pengadil, JDT menang sebab kaya, dan juga TMJ suka menunjuk harta.

Ikuti jawapan penuh dari TMJ.

1. JDT tidak dapat melahirkan pemain berbakat, jadi mereka hanya tahu membeli pemain dari pasukan lain.

Jawapan TMJ: Benar. Maka teruskan melahirkan pemain berbakat sebab saya mahu membeli mereka.

2. JDT membeli pengadil.

Jawapan TMJ: Dengan semua wang yang saya miliki, adakah anda benar-benar berfikir yang saya akan membeli pengadil? Saya lebih berminat untuk membeli Perdana Menteri dan jadikan diri saya Perdana Menteri daripada membayar pengadil untuk memenangi perlawanan bola sepak. Tetapi apa boleh buat. Saya selalu berfikiran luas manakala mereka pula sentiasa berfikiran sempit.

3. JDT membunuh bola sepak Malaysia.

Jawapan TMJ: Ia benar. JDT membunuh bola sepak tanahair, itu sebabnya kami merupakan pasukan yang pertama di Asia Tenggara membawa nama Malaysia memenangi Piala AFC. Kita membunuh bola sepak dan FAM membantu bolasepak Malaysia mendapatkan sumber kewangan dan hanya berminat dalam Piala Suzuki. JDT akan terus membunuh. Usah bimbang.

4. JDT adalah pasukan yang paling kaya di negara ini itulah sebabnya mereka sentiasa menang.

Jawapan TMJ: Salah. Felda, Terengganu, Pahang dan Selangor adalah pasukan yang paling kaya di negara ini. Felda adalah yang terkuat kerana ia adalah pasukan Kerajaan Persekutuan. Mereka perlukan undi, maka Felda adalah yang terkuat dan paling kaya.

5. JDT tidak ada apa-apa jika hendak dibandingkan dengan pasukan pantai timur.

Jawapan TMJ: Itulah sebabnya perlukan 3 pasukan bergabung untuk mengalahkan 1 pasukan.

6. JDT mencuri pemain.

Jawapan TMJ: Ia bukanlah mencuri apabila pemain yang mahu datang ke sini.

7. Semua berkenaan JDT adalah mengenai wang.

Jawapan TMJ: Bukan, RM100 juta serta banyak lagi wang telah hilang dalam negara dan tiada siapa yang menyiasat tentang semua wang itu. Anda sepatutnya lebih bimbangkan perkara tersebut berbanding terhadap kewangan JDT. JDT hanyalah sebuah kelab kecil dengan impian yang besar.

8. TMJ suka tunjuk harta.

Jawapan TMJ: Perbezaan mentaliti antara saya dan individu-individu yang berfikiran sempit adalah, saya lebih risau dan kasihan anda kena bayar GST tapi anda lebih risau tentang TMJ menunjuk harta. Tahniah! Anda adalah rakyat yang kerajaan seluruh dunia paling suka. Kerana anda buta.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...