Melalui platform TikTok @f8buzz yang terbaru, penyanyi Ameng berkongsi detik-detik sewaktu menerima perkhabaran bekas isteri, Datuk A Aida tidak menyedarkan diri.
8 kali jantung A Aida terhenti
Dalam perkongsian video tersebut, Ameng atau nama sebenar, Wan Aminuddin Wan Ismail berkata anak perempuannya menghubungi dalam keadaan menangis dengan mengatakan jantung pengarah serta penerbit itu sudah lapan terhenti.
Banyak tiub berselerak dan saya tengok ini sebenarnya bukan sakit biasa-biasa, ini adalah satu penyakit kroniklah.
@f8buzz Ameng berkongsi detik dan keadaan bekas isterinya, Dato’ A. Aida yang baharu sedar di ICU. Sebelum ini, penerbit terkenal, A. Aida, dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas rebah ketika menjalani fisioterapi baru-baru ini. Beliau terpaksa ditidurkan bagi pemantauan rapi. Menurut anaknya, Azeva Natassha, A. Aida kini sudah sedarkan diri namun masih berada dalam pengawasan doktor dan belum dibenarkan menerima pelawat. #f8buzzhiburan #ameng #aaida ♬ original sound – F8Buzz
Kebaikan Ameng dipuji ramai
Dalam pada masa yang sama, penyanyi terbabit turut merasakan bekas isterinya sudah tidak mempunyai harapan untuk hidup.
Saya dah buat sembahyang hajat, dah buat baca Yassin senyap-senyap dekat rumah, dah upah-upah orang sembahyang hajat, namun begitu Alhamdulillah saya dapat khabar daripada anak saya yang dia dah sedar.
Susulan perkongsiaan yang dilakukan, rata-rata warganet memuji sikap Ameng yang kekal menjaga hubungan baik bersama A Aida biarpun sudah lama berpisah.