8 Jenis Skim Perumahan Mampu Milik Ini Anda Boleh Mohon Jika Layak

Trending

8 Jenis Skim Perumahan Mampu Milik Ini Anda Boleh Mohon Jika Layak

Apa yang boleh dikatakan dengan banyaknya kawasan perumahan baharu, masih terdapat individu yang tidak mampu untuk membeli rumah, walaupun terdapat banyak pilihan. Ini mungkin disebabkan oleh, harga yang agak tinggi buat segelintir masyarakat.

Advertisement

Memetik dari laman Star Property, turut dikongsikan oleh laman Gila Hartanah, mengenai lapan skim perumahan mampu milik yang boleh anda rujuk dalam membuat permohonan perumahan.

1. Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)

PR1MA antara salah satu projek perumahan mampu milik yang sangat popular dengan memfokuskan kepada golongan kelas tengah.

2. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)

Skim ini adalah bertujuan untuk menggalakkan sector swasta membina lebih banyak rumah mampu milik. Syarikat swasta yang berkolaborasi dengan MyHome akan menawarkan dua kategori rumah: MyHome1 dan MyHome2. Perbezaan utama antara kedua-dua kategori tersebut adalah saiz dan harga.

3. Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

PPA1M ialah program perumahan mampu milik khususnya memberi manfaat kepada kakitangan awam.

4. Program Perumahan Rakyat (PPR)

PPR adalah program rumah kos rendah yang mensasarkan golongan yang tidak berkemampuan.

5. Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)

RMR1M mensasarkan golongan berpendapatan rendah.

6. Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)

RUMAWIP mensasarkan kedua-dua golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan)

7. Rumah Selangorku

Program Rumah Selangorku ini bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan Selangor.

8. Rumah Idaman Rakyat (RIR)

RIR mensasarkan golongan berpendapatan sederhana.

Terdapat banyak program rumah mampu milik yang telah disediakan buat anda, tapi, anda masih lagi perlu bertanggungjawab terhadap pinjaman perumahan dari pihak bank sekiranya anda berjaya memiliki salah satu dari program ini.

Sumber : Star Property, Gila Hartanah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...