Memetik dari laporan Hib Glam, pelawak Yassin Senario berkongsikan kisah mengenai dirinya tidur di hadapan tandas selama lapan hari di sebuah lokap di Jeddah, Arab Saudi sewaktu mahu menunaikan umrah pada Oktober tahun lalu.
Keadaan lokap di Jeddah yang amat menyedihkan, tidur depan tandas
Menurut Yassin atau nama sebenarnya, Yassin Yahya, susulan keadaan lokap yang sangat sesak, ia membuatkan dirinya terpaksa berehat secara berdiri sebelum dibenarkan untuk baring di hadapan tandas.
Keadaan di lokap agak menyedihkan. Kali pertama saya tidur berdiri sebab lantai penuh. Saya akhirnya dapat juga tidur di depan pintu tandas. Nampak kaki orang langkah saya dalam masa lapan hari.
View this post on Instagram
Katanya lagi, selepas 10 hari ditahan di lokap tersebut, dia dipindahkan ke Pusat Pentadbiran Dan Pengusiran Warga Negara Asing pada 5 November tahun lalu.
Kali pertama saya dapat tinggalkan voice note kepada isteri. Atas bantuan pihak konsulat juga, saya diberikan bercakap dengan isteri namun talian terputus-putus.
Dibicarakan atas talian sebelum dijatuhkan hukuman penjara
Tambah pelawak itu lagi, dia dibicarakan secara atas talian pada 19 November dan dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan atas kesalahan membawa barangan bercetak lambang larangan.
Saya akur kesalahan. Saya beritahu isteri, ini kesalahan saya bawa barang ada lambang larangan, mungkin saya terlepas pandang. Apapun, saya anggap ini musibah dan perjalanan hidup saya.
Perkara ini sememangnya menjadikan satu pengajaran hidup buat Yassin dan memberi peringatan kepada masyarakat untuk lebi berhati-hati apabila berada di luar negara.