(8 GAMBAR)Tangan Kanak-kanak Putus Direntap Beruang Di Zoo China

Trending

(8 GAMBAR)Tangan Kanak-kanak Putus Direntap Beruang Di Zoo China

Terkejut dengan apa yang telah berlaku, set gambar di bawah menunjukkan keadaan selepas seorang budak lelaki terputus tangan, direntap oleh seekor beruang yang cuba ditepuknya.

Paramedik dilihat membalut bahu kanak-kanak sembilan tahun itu setelah tangannya terputus. Tangan yang telah tercerai dari badan itu berada di atas lantai, berdekatan kurungan beruang, hanya beberapa minit setelah serangan itu berlaku.

Advertisement


 photo 1413803514600_wps_25_Pic_shows_Zhang_Chien_wit.jpg

Kanak-kanak itu dikatakan tidak menangis saat itu, walaupun tulang dilihat tersembul dari lukanya dan darah mencurah turun. Kejadian itu berlaku di Zoo Taman Hebin, di bandar Pingdingshan yang terletak di wilayah Henan.

Kanak-kanak itu datang ke zoo bersama datuknya. Apabila datuknya beredar sebentar untuk membeli gula-gula, kanak-kanak itu telah memanjat penghadang keselamatan dan tangannya pula cuba mencapai beruang itu untuk membelainya.


 photo 1413812554576_Image_galleryImage_Pic_shows_Zhang_Chien_wit.jpg

Pada masa ini, beruang mengeluarkan kepalanya dari penghadang dan menggigit tangan kanak-kanak itu. Dia menjerit apabila beruang menarik tangannya selama 10 minit sebelum ia tercerai, menurut saksi.

Orang ramai dilihat cuba memukul beruang itu supaya melepaskan kanak-kanak itu, tetapi usaha mereka sia-sia.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Staf zoo tidak mampu berbuat apa-apa sewaktu beruang itu menggigit tangan anak itu, dan mengambil masa 20 minit untuk mendapatkan semula tangan kanan yang telah tercerai dari badan dari kurungan beruang.


 photo 1413812343264_Image_galleryImage_Pic_shows_Zhan_Chien_with.jpg
 photo 1413811916289_Image_galleryImage_Pic_shows_The_arm_in_the_.jpg
 photo 1413801711225_wps_19_Pic_shows_This_bear_attac.jpg
 

Ibu bapa kanak-kanak itu mengkritik pihak zoo, berkata bahawa staf sepatutnya memantau dan menyelia beruang tersebut,

Ibunya, Ku, berkata dia hampir tak percaya apabila tiba ke hospital dan pakar bedah berkata mereka harus memotong baki daging tangan yang tertinggal selepas direntap. Katanya:

Saya tak tahu bagaimana hendak lupakan kejadian ini. Keluarga kami dah musnah kerana zoo ini.

Mereka sepatutnya menjadikan zoo ini lebih selamat dan sepatutnya ada staf bertugas untuk menyelia haiwan.

Pihak zoo masih belum memberikan sebarang komen tentang perkara ini.

Serangan beruang jarang berlaku walaupun menurut Journal of Emergency Medicine, terdapat 162 kecederaan yang disebabkan beruang berlaku di USA antara 1900 dan 1985.

Jeffrey Titel, pengarah untuk organisasi alam sekitar New Jersey Sierra Club, mendakwa  beruang biasanya jinak dan takutkan manusia.

Serangan biasanya berlaku kerana manusia mempunyai makanan, memandangkan beruang diberi makan oleh manusia, ia mungkin melihat kanak-kanak itu sedang cuba memberi makanan jadi bertindak agresif.


 photo 1413801721606_wps_21_Pic_shows_Zhang_Chien_s_f.jpg
 photo 1413811950517_wps_47_Pic_shows_Zhang_Chien_sta.jpg
 photo 1413811938564_wps_46_Pic_shows_Zhang_Chien_in_.jpg

Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...