(8 GAMBAR)Perkhidmatan ‘Perkahwinan Solo’ Di Jepun Untuk Wanita Bujang Jadi Pengantin

Trending

(8 GAMBAR)Perkhidmatan ‘Perkahwinan Solo’ Di Jepun Untuk Wanita Bujang Jadi Pengantin

Jumlah wanita Jepun yang membujang kerana mementingkan karier berbanding keluarga kian bertambah. Oleh sebab itu, semakin banyak perniagaan di Jepun kini memfokuskan untuk membekalkan barangan dan perkhidmatan untuk wanita-wanita bujang ini. Salah satu perkhidmatan yang ditawarkan ialah ‘Perkahwinan Solo’- di mana seorang wanita berpeluang untuk menjadi raja sehari tanpa berkahwin.

Solo-wedding-service-550x275

Advertisement

Ketiadaan pengantin lelaki dalam sesebuah majlis perkahwinan kedengaran luar biasa, tetapi apa yang mengejutkan ialah konsep ini sebenarnya popular di Jepun. Sejak syarikat Cerca yang bertapak di Kyoto melancarkan pakej Perkahwinan Solo Jun lepas, sekurang-kurangnya 10 orang wanita bujang telah menggunakan perkhidmatan ini.

Solo-wedding-service2-550x733

Perkahwinan Solo memberi peluang kepada pelanggan untuk menjadikan impian zaman kanak-kanak satu kenyataan–pengantin diberi penginapan hotel mewah selama dua malam dan dibawa ke sesi mencuba gaun perkahwinan, rekaan jambangan bunga, dandanan rambut dan solekan. Setiap perkhidmatan diuruskan oleh seorang profesional, dan kualitinya juga serupa seperti perkhidmatan perkahwinan yang biasa.

Pengantin solo boleh memilih seorang ‘lelaki penghias’ yang berumur antara 20 – 70 tahun untuk bergambar bersama mereka. Bagi wanita yang tidak berminat untuk memakai gaun perkahwinan, syarikat itu menyediakan perkhidmatan untuk penggambaran dalam pakaian dan solekan tradisional Jepun di sekitar Kyoto. Terdapat beberapa pakej yang boleh dipilih, dan pakej termurah bernilai 330, 000 yen ( RM 9, 950.00).

Sesetengah orang mungkin menganggap idea perkahwinan solo sebagai sesuatu yang ganjil, tetapi realitinya, ia mampu menjadikan impian ramai wanita bujang yang semakin bertambah usia sementara menanti peluang melangsungkan majlis perkahwinan yang sempurna itu hadir–satu kenyataan.

Lagi enam gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

984231_789886447719860_1990626520336368766_n

1897747_789886391053199_2558084963774282573_n

10400026_789886467719858_1753199297043631413_n

10625057_789886421053196_7207293102827162553_n

10702010_789886481053190_3765287534846470123_n

Sumber: ibtimes

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...