Bapa ini nampaknya sangat peduli dengan pendidikan, memandangkan dia sanggup membantu kanak-kanak yang ingin ke sekolah menyeberangi sungai dengan membawa mereka…dalam beg plastik!
Apabila kanak-kanak yang tinggal di kampung Sam Lang, wilayah Dien Bien, berdekatan Hanoi di utara Vietnam tidak dapat ke sekolah kerana banjir, seorang bapa menemui satu penyelesaian.
Jambatan yang sedia ada tidak dapat digunakan, jadi dia meletakkan kanak-kanak dalam sehelai beg plastik supaya keadaan mereka kekal kering, dan kemudiannya dia membawa beg plastik itu menyeberangi sungai.
Baktinya kepada pendidikan kanak-kanak itu dirakam oleh guru mereka, Tong Thi Minh.
Dalam klip video yang dirakam, bapa kepada salah seorang kanak-kanak yang terlibat dilihat membungkus setiap kanak-kanak dalam beg plastik dengan berhati-hati sebelum dia mengharung sungai yang deras sambil membawa mereka menggunakan sebelah tangan.
Apabila sampai ke seberang, kanak-kanak yang masih kering melompat keluar, sebelum lelaki tadi berenang untuk mengambil kanak-kanak yang lain.
Klip itu dirakam tahun lepas, sewaktu kanak-kanak dan guru wanita menunggu di tebing untuk mengambil giliran bagi menyeberangi sungai Nam Po. Cikgu Minh memberitahu Tuoi Tre News:-
Ini perkara biasa. Itu saja cara bagi mereka menyeberang kerana tiada jambatan yang boleh bertahan dalam banjir.
Saya telah mengajar di sini sejak September lepas. Mula-mula saya pun tak tahu bagaimana untuk menyeberang, hingga saya melihat cara orang kampung.
Menurutnya lagi, ramai ibu bapa juga membawa anak mereka dengan cara begitu untuk ke sekolah, supaya pakaian mereka tetap kering.
Lagi 6 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Laporan asal: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2585090/Think-school-run-bad-Incredible-moment-Vietnamese-man-takes-kids-flooded-river-PLASTIC-BAG.html#ixzz2wYGtGZxf